“Saya tak kena temb4k” – Tun Mahathir Cerita Pengalaman Ke Bosnia, Naik Kereta Kebal Lalui Lembah Tentera Serbia

 

Mengimbau kembali peristiwa Perang Bosnia pada 1992 hingga 1995, Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika itu menggerakkan negara Islam lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana dibunuh beramai-ramai oleh tentera Serbia.

Malah Tun turut mengambil inisiatif menghantar  tentera Malaysia yang menganggotai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melindungi keselamatan orang awam daripada bahaya peperangan. Dan pernah tular kisah Tun Mahathir ditembak di bahu kanan ketika misi lawatan ke kem tentera Malaysia di Bosnia satu ketika dulu.

Menjawab persoalan yang selama ini berlegar di media sosial, kata pemimpin lagenda ini, tidak benar kisah dia ditembak. Walaupun mengakui lawatan ke Bosnia dahulu berisiko tinggi kerana kem tentera Malaysia dikelilingi pihak Serbia, namun jelasnya misi itu berjalan dengan lancar.

“Sewaktu orang Serbia menyerang orang Bosnia, Malaysia bersetuju untuk menghantar pasukan keselamatan ‘peacekeepers’ satu batalion tentera Malaysia. Mereka berada di situ untuk menentukan supaya orang awam tidak diserang. Jadi pada masa itu, saya sedang bercuti di Mediterranean dan kebetulan ia tidak jauh dari Bosnia. Saya meminta supaya boleh membuat lawatan ke Bosnia.

“Apabila sampai, saya menaiki kereta kebal untuk ke kem tentera Malaysia untuk mengelak serangan dari tentera Serbia. Dan kem itu berada di lembah di mana sebelah bukitnya di kelilingi dan dipenuhi orang Serbia. Namun mereka tidak menyerang waktu itu dan saya tidak kena tembak.

“Walaupun memang terdedah kepada bahaya dan jika diserang waktu itu mungkin saya terlibat. Namun tiada apa yang terjadi. Selepas solat di situ dan bercakap dengan pasukan tentera, saya balik dengan menaiki kereta kebal sehingga ke pelabuhan untuk tinggalkan kawasan itu. Tak ada kena tembak pun,” kata Tun mengimbau kembali misi ke Bosnia kepada Wanita.

Mengulas kesanggupannya merisikokan keselamatan diri, tegas Tun, ianya merupakan tanggungjawab seorang pemimpin negara. Malah ulasnya tidak adil bagi tentera Malaysia merisikokan nyawa namun dia sendiri tidak sanggup terdedah kepada bahaya.

“Kita hantar batalion tentera ke Bosnia dan mereka memang terdedah kepada bahaya, berperang dengan orang Serbia. Sebagai Perdana Menteri pada masa itu, saya perlu berjumpa dengan mereka dan menentukan supaya mereka terus bersemangat dan sanggup meneruskan misi membantu orang Bosnia. Itu tanggungjawab Perdana Menteri dan bukannya sesuatu yang luar biasa.

“Kita menghantar askar ke sana untuk menjaga keamanan dan menyelamatkan penduduk di sana. Jadi sedikit sebanyak mereka terdedah kepada bahaya. Kerajaan bertanggungjawab dan adalah satu keperluan untuk mengadakan lawatan. Jadi apabila punya peluang, saya perlu buat lawatan untuk berjumpa pasukan keselamatan di sana. Saya dapat berjumpa dan memberi sedikit semangat.

“Saya tidak tahu itu courage atau tidak tapi itulah tanggungjawab saya. Kalau saya suruh askar kita dedahkan diri kepada bahaya tapi kita tak buat begitu, nampak tak elok. Kita juga mesti sanggup dedahkan diri, namun usaha saya sikit saja, tak ada apa pun. Kalau nak kena tembak, kena lah. Tapi alhamdulillah tiada apa yang berlaku,” kongsi Tun.

Sumber Wanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post