Fenomena Alam Yang Unik Digelar ‘sungai bawah laut’

 

Di semenanjung Yucatan di Mexico, terdapat sebuah fenomena alam yang unik digelar ‘sungai bawah laut’. Ia sebuah kawasan perairan disebut sebagai Cenote Angelita. ‘Cenote’ adalah perkataan dari suku maya yang bermaksud gua yang mempunyai air. Manakala perkataan Angelita bermaksud ‘malaikat kecil’.

Cenota Angelita terletak sekitar 17 kilometer dari Tulum. Ia merupakan sebuah kawasan gua berair yang terhubung dengan laut dan terbentuk sejak ribuan tahun lalu. Diameter lubang kolam gua ini sekitar 30 meter dengan kedalaman menjangkau 60 meter.

Sebelum itu, tiada yang tahu keunikan yang tersembunyi di sebalik air di gua ini. Rahsia itu terbongkar setelah jurukamera profesional, Anatoly Beloshcin bersama pasukannya melakukan selaman di lokasi tersebut pada tahun 2013.

Sedang asyik mengambil gambar panorama bawah air, pandangan mereka terpaku pada sebuah pemandangan aneh yang sungguh menakjubkan – sungai di dasar laut. Sungai itu lengkap dengan pohon-pohon di mana suasananya agak mirip seperti sebuah taman di daratan ketika musim gugur.

Beloshcin kemudian merakamkan imej itu. Apabila disiarkan, ramai yang tidak percaya kewujudan fenomena sebegitu. Majoriti yang melihat gambar itu menganggap ia cuma rekaan semata-mata.

Persepsi ini didorong oleh pelbagai tanda tanya yang agak sukar untuk dimengertikan. Pertama, benarkah pemandangan itu wujud di dasar laut? Kedua, jika benar kedua-duanya adalah sungai dan laut, kenapa air tawar dan air masin itu tidak bercampur, walhal keduanya berdampingan? Ketiga, apakah tumbuhan yang wujud itu memang hidup di situ atau semuanya disengajakan?

Beloshcin menjelaskan, fenomena alam ini bukanlah terletak di dasar laut, tetapi ia berada di lantai sebuah gua dasar laut. Jelasnya lagi, jika menyelam ke dalam gua tersebut sehingga mencapai kedalaman 30 meter, airnya bertukar menjadi tawar.

Menyelam lagi pada kedalaman 60 meter, airnya bertukar masin dan di bawah itu kelihatan sebuah sungai, pulau dan daun-daun yang jatuh. Begitu gambaran yang diberikan Beloschin.

Namun, harus diketahui bahawa itu bukanlah sungai yang nyata. Walaupun bentuk dan warna airnya sama seperti sungai yang wujud di daratan, namun air sungai ini masin. Kadar kemasinan ini berpunca daripada proses penguraian kimia pada tumbuhan di sekitarnya.

Proses ini kemudian membentuk lapisan hidrogen sulfida seolah-olah seperti sebuah ‘sungai’ berwarna coklat dan kelihatan terasing daripada air tawar. Ia juga disebut sebagai fenomena ‘halocline’ di mana sebuah zon vertikal di dalam laut berubah kadar kemasinannya kerana faktor kedalaman. Perubahan itu turut mempengaruhi kepadatan air sehingga zon ini berfungsi sebagai ‘dinding pemisah’ antara air masih dan air tawar. Itu yang menyebabkan mengapa ada dua lapisan air di bawah gua ini.

Sempadan antara air tawar dan air masin dalam Cenota Angelita ini berada pda kedalaman sekitar 33 meter. Air tawar di bahagian atas terhasil daripada air hujan.

Fenomena begini pernah dicatatkan oleh Strabo, seorang ahli geografi Rom sekitar dua ribu tahun lalu. Beliau menulis tentang penduduk Latakia di bahagian barat Siria yang mendayung perahu sejauh empat kilometer dari pantai. Kemudian, mereka akan menyelam membawa kantung air dari kulit kambing bagi mengambil air tawar di kawasan itu untuk digunakan sebagai air minuman mereka. Penduduk di situ dikatakan mahir mengetahui di mana kawasan air tawar terkumpul di laut.

Sumber Infiniti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post