Bandar Yang Tidak Bernama, Penempatan Daripada Bangsa Yang HiIang Di Dunia

 

Mengikut catatan daripada seorang penulis, Charles Berlitz’s dalam bukunya ‘World of Strange Phenomena Omnibus’, faktor alam semula jadi merupakan pendorong kepada penemuan beberapa bandar yang hilang di dunia. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa penemuan seperti kesan artifak yang dijumpai di dalam hutan, padang pasir dan juga laut.

Kebanyakan bandar yang hilang di Eropah, Timur Tengah dan Asia Tenggara dikaitkan dengan tamadun yang muncul pada masyarakat tertentu. Contohnya, sebuah tamadun yang pernah bertapak di Angkor Wat Kemboja, bandar tergantung Babylon dan bandar tenggelam Atlantis. Kesemuanya mempunyai persamaan budaya dan perkaitan antara satu sama lain. Cuma, pengkaji belum  menemui persamaan tersebut. Hanya secara teorinya ia dikaitkan berasal daripada sebuah bangsa yang hilang di dunia ini.

Bagaimanapun, bagi sebuah tamadun awal seperti Mohenjo-Daro dan Harappa di Pakistan pula, ia tidak direkodkan sebagai sebuah bandar purba kerana bandar itu terus menjadi tumpuan masyarakat hinggalah ke era zaman moden. Apa yang menjadi tanda tanya, tiada yang tahu nama sebenar bandar tersebut dan bangsa apa yang membinanya. Rekod yang ditemui pula ditulis dalam bentuk tulisan hierorglyphs (tulisan lambang). Ia tidak banyak membantu pengkaji untuk merungkaikan asal usul bandar-bandar ini.

Hal yang sama turut berlaku pada sesetengah bandar pra-sejarah di benua Amerika seperti bandar kaum Aztec. Lokasinya yang terletak di kawasan pergunungan menyebabkan ia hilang dalam lipatan sejarah dan tidak diketahui apakah namanya. Malah, penjajah Sepanyol yang menemui kawasan ini jugatidak tahu bangsa apa yang pernah mendiaminya kerana sewaktu ditemui bandar ini kosong. Penjajah ini hanya diberitahu penduduk tempatan bahawa bandar itu dibina oleh tuhan. Kemudian ia terus menjadi misteri.

Lagi kisah menarik mengenai bandar yang tidak mempunyai nama wujud di satu kawasan dalam hutan Amazon. Mengikut cerita mitos daripada penduduk tempatan, bandar tersebut dikatakan memiliki banyak harta karun. Ia dikenali sebagai bandar emas oleh masyarakat ini kerana suasana bandar ini mewah dan berwarna keemasan. Masyarakat di bandar itu juga dikatakan suka mengasingkan diri daripada puak orang asli dan pengembara.

Lebih aneh, dikatakan masyarakat tersebut terdiri daripada golongan berbangsa Eropah. Penghuni di bandar ini digambarkan memiliki budaya yang maju dan memiliki peralatan canggih serta mempunyai teknologi seperti lampu.

Usaha mengesan lokasi bandar misteri itu dimulakan oleh seorang pengembara Portugis seperti Francisco Raposo sejak kurun ke17 lagi. Selepas mendaki cenuram dan meredah hutan, akhirnya Raposo tiba di sebuah kawasan dataran tinggi.

Kira-kira empat batu di hadapannya, dia melihat sesuatu seakan-akan sebuah penempatan. Selepas itu, Raposo dan kumpulan ekspedisinya terus bergegas ke tempat itu. Sebaik sahaja sampai, mereka dapati penempatan itu sudah tidak berpenghuni lagi. Apa yang ada hanyalah tinggalan beberapa bangunan batu besar yang masih berdiri teguh.

Selain itu, Raposo juga menemui sebatang jalan raya, sebuah plaza, arca dan dinding yang dihiasi corak batu Obelisk tertera tulisan kuno. Mengikut catatan Raposo, beliau turut menemui patung-patung yang diperbuat daripada emas dan sebuah lombong bijih perak yang sangat bernilai.

Semasa berjalan-jalan di kawasan itu, dia mencatatkan telah menemui beberapa orang asli yang berpakaian aneh dalam sebuah kanu. Kata Raposo, puak itu macam tidak menyenangi kehadirannya di situ. Bagaimanapun, cerita ekspedisi Raposo berakhir di situ saja dan tiada siapa tahu apa yang terjadi padanya. Apa yang ditemui oleh pengembara selepas Raposo adalah buku catatannya saja.

Sejak itu, ramai ahli ekspedisi lain cuba mengesan tempat yang dijumpai Raposo. Malang sekali, semuanya tidak berjaya dan hampir 100 orang dilaporkan hilang di dalam hutan tersebut semasa melakukan pengembaraan ini.

Seorang kolonel tentera British, Percy Fawcett, juga meneruskan usaha mencari bandar hilang tersebut. Pada tahun 1906 hingga 1925, Fawcett telah mengumpul pelbagai maklumat dan bukti mengenai bandar itu. Hasilnya, dia berjaya menjumpai semula lokasi yang ditemui Raposo. Lokasi tersebut berhampiran Sungai Xingu, dalam hutan Amazon.

“Kawasan bandar itu mungkin sebuah tamadun dan aku percaya bahawa bandar hilang ini adalah saki baki dari sebuah tamadun kuno yang maju dahulu kala, di mana masyarakatnya telah berkembang tetapi masih mengekalkan corak budaya yang telah dilupakan,” tulis Fawcett dalam diarinya.

Bagaimanapun, kajiannya mengenai bandar misteri itu terhenti pada tahun 1925. Ini kerana, semasa melakukan pencarian itu, Fawcett dilaporkan hilang di dalam hutan itu. Kemudian, hanya diari miliknya saja ditemui. Dalam diari tersebut catatan terakhirnya tertulis – ‘aku sudah hampir sampai, hanya dua minggu saja lagi perjalanan ke bandar itu’.

Adakah dia menemuinya atau mungkin telah dibunuh oleh puak asli yang tidak mahu lokasi bandar itu terdedah kepada dunia luar, pertanyaan itu kekal misteri sehingga ke hari ini.

Sumber Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post