"Suami curang, hubungan terIarang, wanita bujang jangan takut berkahwin - Ustazah Asma’ Harun

 

JANGAN takut untuk berkahwin, tempuhi alam pernikahan dengan ilmu dan niat yang benar, kata pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Suami curang, kaki pukul, kaki perempuan, biawak hidup ditanggung isteri. Paling menakutkan segalanya terpampang di laman sosial hingga menimbulkan rasa takut buat si bujang.

Asma’ berkata, setiap perkahwinan ada naik turunnya tetapi ia akan selamat jika menerapkan konsep sentiasa mahu mendalami ilmu berumah tangga maka sebelum bernikah pasangan perlu memperbaiki diri dan meningkatkan pemahaman terutamanya berkaitan agama.

Ujarnya, untuk membina rumah tangga, niat seseorang itu juga penting bagi mendapatkan keredaan ALLAH supaya ikatan tersebut diberkati.

“Jadi, niat itu perlu betul dan apabila ada masalah rumah tangga cari ilmu serta menerima khidmat nasihat.

“Jangan takut sebab alam pernikahan indah sebenarnya walaupun banyak kepahitan tetapi ia adalah sunnah besar Rasulullah SAW,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Asma’, golongan muda terutama wanita trauma untuk menjalani kehidupan rumah tangga kerana isu curang dan pengaruh buruk media sosial yang mendorong kepada hubungan sosial serta terlarang.

“Orang dah lama berkahwin pun menghadapi konflik termasuk bercerai. Jadi mereka ambil pendekatan tak nak bernikah, solo rasa ‘single is bahagia’.

“Tetapi Subhanallah sebenarnya hakikat perlu diterima bahawa kita di akhir zaman. Dunia penuh dengan fitnah,” ujarnya.

Menurutnya, perasaan trauma dan takut tidak dapat memulih atau mengurangkan masalah tersebut.

“Ini yang kita perlu tempuhi. Apa yang berlaku di sekeliling atau media sosial jangan jadi ia satu halangan untuk kita mendirikan rumah tangga,” katanya.

Jadi anda semua yang masih bujang jangan berputus ada dan cepat terpengaruh dengan apa yang terpapar di media sosial. Berkahwinlah, ia sunnah dianjurkan berdasarkan nas al-Quran dan hadis dan fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempurna dan bahagia.

Sumber SP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post