Hamil Dan Bersalin, Anak Menantu Ustazah Norhafizah Musa Buktikan Berkeluarga Bukan Halangan

 

ANAK sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, Nur Nadratun Naeemah Azhar membuktikan barjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang biarpun memegang status isteri dan ibu muda.

Berkahwin pada 6 September 2020 dengan Aqil Akmal, ibu muda berusia 24 tahun ini menitipkan kesyukuran selepas selamat menerima skrol Sarjana Muda Undang-undang (Syariah) (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Tak ada proper picture satu famili. Memang gambar ini je yang ada . Terima kasih Umi, Abi, Mami sebab doakan Kak Long, Aqil dan Yusuf selalu,” kongsi Nur Nadratun Naeemah.

Dalam satu hantaran yang dikongsikan, ibu muda ini sempat berkongsi pernah meraih Anugerah Dekan semasa hamil.

“Tidak pernah berangan pun hendak dapatkan Dean List tapi rezeki dapat masa mengandungkan Yusuf.

“Syukur Alhamdulillah. Betul lah anak itu pembawa rezeki masya-ALLAH.

“Terima kasih Yusuf study sama-sama dengan ibu dan teman ibu jawab final exam masa Yusuf dalam kandungan dulu,” kongsinya.

Meraikan kejayaan anak dan menantu, Ustazah Norhafizah mengucapkan tahniah.

“Alhamdulillah, tahniah anak kami Nur Nadratun Naeemah dan Aqil Akmal untuk konvokesyen second degree kalian berdua (Law Syariah).

“Dua degree dan seorang baby dalam tahun yang sama. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan pengajian kalian dalam kekalutan mengurus kehamilan dan kelahiran.

“Alhamdulillah Alhamdulillah. Semoga terus cemerlang anak-anak semua. Jangan berhenti belajar. Insya -ALLAH doa kami sentiasa mengiringi kalian,” titipnya yang merupakan pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam Psikologi Islam.

Pasangan yang berkahwin pada 5 September 2020 selamat menimang anak sulung, Yusuf Al Fateh pada 14 September 2023.

Warga maya turut mengucapkan tahniah buat Nur Nadratun Naeemah dan Aqil Akmal.

– “Tahniah untuk anak dan menantu Ustazah.”

– “Tahniah ustazah atas kejayaan anak-anak hingga di menara gading. Alhamdullilah, aamin.”

– “Alhamdulillah, anak-anak yang hebat lahir daripada bubapa yang hebat!”

Ustazah Norhafizah yang juga Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan (Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan) 2015 mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Dr Azahar Yaakub dan dikurniakan tujuh cahaya mata.

Sumber  Instagram Ustazah Norhafizah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post