Tidak Sefahaman, Curang Dan Campur Tangan Mentua Punca Utama Penceraian Di Malaysia, Umur 35-39 Tahun Paling Tinggi

 

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan pihaknya setakat ini, sebanyak 56.2 peratus lelaki menyatakan mereka bercerai kerana tiada persefahaman dengan pasangannya, diikuti pasangan curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar-duai (10 peratus).

“Bagi dapatan daripada wanita pula, tiada persefahaman turut mencatatkan peratusan yang tertinggi punca mereka bercerai dengan pasangan iaitu 38 peratus, diikuti pasangan curang (20.5 peratus) dan pasangan tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).

“Selain itu, campur tangan mentua mencatatkan 6 peratus, enggan dimadukan (2.8 peratus), masalah kewangan (4.7 peratus) dan lain-lain punca seperti didera, tiada zuriat serta terlibat kes jenayah (10.4 peratus),” katanya.

Mengulas lanjut, Rohani berkata rata-rata pasangan yang menghadapi konflik rumah tangga ini terdiri daripada golongan muda selepas tempoh perkahwinan antara lima hingga 10 tahun.

“Pastinya pihak kami akan bantu dan beri kaunseling terlebih dahulu dengan menasihati pasangan ini mengikut kesesuaian masalah yang dihadapi mereka.

“Hasrat kita sememangnya untuk pastikan pasangan masing-masing mengembalikan semula kasih sayang bagi mengelak mereka memilih jalan terakhir iaitu bercerai atau berpisah,” katanya.

Sebelum ini Jabatan Perangkaan Malaysia mengeluarkan laporan bilangan penceraian melonjak sebanyak 43.1 peratus yang mana jumlah penceraian pada tahun 2022 adalah 62,890 berbanding 43,936 pada tahun 2021.

Sementara itu, penurunan bilangan perkahwinan ini disumbangkan oleh penurunan 4.1 peratus bilangan perkahwinan orang Islam 168, 726 pada 2022 berbanding 17,002 pada tahun 2021.

Sumber Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post