Netizen Teruja Hadiah Konvokesyen Kalah Hantaran Kahwin

 

MAJLIS konvokesyen yang berlangsung di universiti tempatan selalunya memang meriah dan happening.

Tidak hanya dirai dengan kehadiran ibu bapa yang sanggup datang dari jauh, malah mereka yang sudah tamat belajar disambut dengan jambangan bunga, patung dan coklat.

Pelbagai ragam lucu, sedih dan bangga yang boleh kita lihat melalui perkongsian pelajar dan famili di media sosial. Memang havoc!

Antara post menarik yang membuatkan netizen teruja dan kagum adalah hantaran Shahira Fairuss di akaun TikTok miliknya.

Mana tidaknya, hadiah konvo yang dibawa ahli keluarga gadis tersebut bukan kaleng-kaleng.

konvokesyen

Bukan satu atau dua gift yang dibawa famili tersayang tapi sebanyak 10 bekas ala hantaran dan satu bouquet!

Kongsi Shahira, lazimnya keluarganya akan meraikan saudara-mara yang tamat belajar dengan pelbagai hadiah.

Sebelum ini, beliau diraikan dengan surprise yang sama dan kali ini, giliran sepupunya pula yang menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“The real sekampung. Kalau diikutkan dua bulan lepas lagi ramai. Mereka akan datang meraikan anak saudara yang konvo.

konvokesyen

konvokesyen

“Antara hadiah yang diberikan seperti baju kelawar, ubat resdung, makanan seafood, baju dan tudung kerja serta duit cash RM1,600,” tulisnya.

Rata-rata pengguna TikTok terkesima dengan hadiah yang dibawa bersama, antaranya kepingan RM50 yang dihadiahkan oleh ibu pelajar berkenaan.

konvokesyen

konvokesyen

Lagi lucu, hadiah tersebut disertakan dengan kunci rumah homestay sebagai prank.

Ramai berkongsikan rasa gembira apabila memiliki keluarga yang sporting.

Antara komen mereka adalah:

konvokesyen

“Macam ni baru best family datang support. Bangga kalau aku tapi keluarga aku kecil. Masa akak aku convo, mak dengan arwah ayah je pergi.” – Rose

konvokesyen

“Adik saya konvo pun kami macam ni. Semua adik beradik datang. Sekampunglah citer dia. Anak-anak buah lagi.” – keknacn

konvokesyen

“Iye, bila kita ada satu keluarga yang besar memang semua nak ikut 😂. Ingat dulu masa dekat UPM lima buah kereta datang tengok kita konvo 😭 .” – Niqq

Sempat juga netizen mengusik hadiah yang dikongsikan dalam video tersebut:

konvokesyen

“Paling best, hadiah dia makanan laut dua bekas dan ubat resdung sebekas 😂😂😂😂.” – Miss Death Love Note

“Saya nampak king crab di situ.. ☺️.- Nojie633shop

“Yang pastinya family dia orang ni bukan marhaen. Tengok barang-barang pun mahal. Rumah cantik. Bestnya🥰Alhamdulillah.” – Elle_irmaz

Tak kurang juga yang mendoakan kejayaan atas konvokesyen tersebut.

konvokesyen

“Alhamdulillah congratulations on your graduation! Semoga dapat berbakti semula kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling. Semoga dalam jagaan Allah selalu.” – Lynn E

konvokesyen

Moga kejayaan adik-adik yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti awam mahupun swasta menjadi inspirasi buat semua.

Paling penting, jangan lupa jasa ibu bapa kita ya bila dah berjaya nanti.

Sumber Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post