Bedah Buang Lebihan Air Di Kepala, Ibnor Riza Kini Stabil Namun Perlu Bantuan Pernafasan

 

PENYANYI era 80-an, Ibnor Riza, 62, kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan perkara itiu dimaklumkan isterinya, Sarimah Sulaiman menerusi laman sosial Facebook.

“Alhamdulillah, Ibnor Riza kini stabil, masih memerlukan bantuan pernafasan,” titipnya.

Terdahulu, penyanyi lagi Mimpi Tak Sudah dan Setiamu Tiada Lagi itu menjalani pembedahan bagi membuang lebihan air di kepala pada Sabtu.

Pembedahan yang dijalankan berjaya namun beliau ditidurkan dan memerlukan pemantauan rapi doktor serta tidak tidak dibenarkan menerima kunjungan pelawat.

Terdahulu, penyanyi itu mengalami demam selepas menjalani kimoterapi.

Mac lalu, Ibnor disahkan mengalami kanser limfoma yang menjadi punca mengapa lehernya membengkak.

Sebelum ini, Ibnor dilaporkan mengalami kompilasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, paras kolesterol tinggi, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Ibnor dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) HPD, Negeri Sembilan selepas pengsan di kediamannya.

Susulan tonggak keluarga jatuh sakit, punca pendapatan famili penyanyi terjejas.

Sama-sama kita doakan agar Ibnor kembali pulih dan sihat semula.

Sumber Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post