"Eni angkat kain di jemuran" - Ini Kisah Sedih Hidup Aini Jasmin Sebelum Terkenal Dalam Cerita P.Ramlee

 

Nama Aini Jasmin pastinya tidak asing dalam kalangan peminat filem Melayu, terutamanya menerusi peranannya dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959) arahan P. Ramlee, walaupun hanya sebagai pelakon pembantu.

Aini Jasmin dilahirkan di Batavia (nama asal Jakarta) pada tahun 1927. Sejak usia belasan tahun, dia telah aktif di atas pentas bangsawan sebagai penari dan pelakon.

Bersama rombongan bangsawan, beliau menjelajah di bandar-bandar besar di kepulauan Sumatera dan Singapura.

Pada akhir tahun 1947, Aini Jasmin mencuba nasib sebagai pelakon di studio Jalan Ampas yang baru dibuka semula selepas penutupan beberapa tahun akibat Perang Dunia Kedua. Dengan pengalaman berlakon, dia diterima bekerja dengan bayaran $5 sehari.

Kebanyakan watak yang diberikan kepadanya ialah sebagai dayang istana dan orang gaji, peranan yang sering menjadi ‘comic relief’ dalam filem-filem Melayu awal 1950-an. Raut wajahnya yang melucukan sentiasa menghiburkan penonton di layar perak.

Aini Jasmin boleh dianggap sebagai salah seorang pelakon produktif dalam era 1950-an dan 1960-an, dengan lebih daripada 70 filem dalam portfolio kerjayanya. Sebagai pelakon bebas, beliau turut membintangi kebanyakan filem-filem di Jalan Ampas dan Cathay Keris.

Apabila industri filem Melayu di Singapura berhenti pada tahun 1973, Aini Jasmin menghadapi cabaran untuk menyara kehidupannya. Dengan usia yang meningkat, peluang pekerjaan semakin terhad. Pada satu ketika, beliau bekerja di sebuah kilang sabun.

Aini Jasmin tinggal di bilik di Aljunied Crescent bersama anaknya, Suriati Bakar. Kesihatan beliau semakin merosot apabila dijangkiti penyakit kencing manis. Beliau hanya bergantung kepada wang bantuan jabatan kebajikan masyarakat sebanyak $80 sebulan untuk membayar sewa bilik dan perbelanjaan anaknya.

Untuk menambah pendapatan, Aini Jasmin mengambil upah mencuci pakaian di rumah-rumah orang. Pernah suatu ketika, Aini perlu mendapatkan rawatan harian di hospital, dan terpaksa merayu kepada doktor untuk mengurangkan bayaran kos rawatan.

Aini Jasmin meninggaI dunia pada 29 Jun 1988 di Blok 109, Aljunied Crescent. Anaknya mengungkapkan bahawa Aini dibawa pulang sehari sebelum kematiannya, selepas dirawat di Hospital Besar Singapura akibat tercedera akibat terkena air panas. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

Pada 29 Jun yang lalu, genap 35 tahun pemergiannya. Al Fatihah.

Sumber MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post