"Pelik 2 kali kejadian kek baru bakar tiba-tiba basi, berlendir" - Peniaga Dedah Ada Bau Busuk Semasa Buat Dekorasi

 

ADAT berniaga pasti ada pasang dan surut, begitulah yang dialami seorang peniaga kek apabila dia terpaksa mengembalikan semula wang hasil jualan selepas menerima aduan daripada beberapa pelanggan.

Mana tidaknya, kek yang telah dijualnya disyaki telah rosak kerana berlendir.

Anehnya, kek tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda rosak, malah baunya juga tidak berubah.

Meluahkan situasi yang dialami, wanita ini berkata dia berasa sangat sedih apabila kejadian kek rosak berlaku dua kali dalam tempoh yang singkat.

Sihir sering diamalkan oleh mereka yang mempunyai hasat dengki. -Gambar hiasan

"Dua kali saya down sebab kek saya bagi pada pelanggan rosak.

"Minggu lepas tiga orang pelanggan mesej cakap kek rosak dan basi, padahal saya baru saja bakar... hari ini bakar, esok dekorasi," ujarnya memulakan cerita.

Malah katanya, kejadian tersebut tidak pernah berlaku terhadapnya sepanjang tempoh menjual kek.

Pernah melakukan 'ujian' ketahanan kek, katanya, produk yang dihasilkan sebelum ini boleh bertahan selama seminggu apabila diletakkan dalam suhu bilik.

"Sebelum ini tak pernah ada isu kek basi. Pernah cuba letak luar sampai seminggu, cuma jadi kering sahaja dan tak basi atau berlendir bertali tu.

"Terkejut betul saya, tak keruan jadinya... patutlah masa nak deko, saya terbau benda busuk tapi tak tahu apa.

"Saya bau kat kek macam biasa. Lagipun benda baru, tak kan la dah rosak... memang tak terfikir tu bau kek," luahnya lagi.

Lebih menyedihkan apabila insiden kek basi yang berlaku baru-baru ini melibatkan pelajar sekolah.

Bagaimanapun, kek tersebut mendapat sambutan baik daripada pelajar dengan rata-rata menyukainya.

"Hari ini (Khamis) pelanggan lain tempah, pagi-pagi dia datang ambil. Saya bakar pagi semalam dan deko pada sebelah malam.

Berhenti dulu ambil tempahan, cari mana-mana perawat dan ikhtiar sebab saya dah pernah terkena.

WARGA MAYA

"Pagi tadi touch-up lagi... tiba-tiba tengah hari tu pelanggan mesej cakap kek berlendir.

"Allahuakhbar, takutnya tu tak terhingga. Budak-budak makan sedap, siap tambah tapi cikgu pula cakap macam dah nak rosak. Bau tak ada tapi rasa dah lain dan ada lendir," katanya.

Kejadian tersebut membuatkan dia berasa bimbang sekiranya pelajar terlibat mengalami masalah kesihatan seperti keracunan makanan disebabkan keknya.

Mengakui tidak mengetahui punca kek menjadi 'rosak', dia memaklumkan telah meneliti telur dan bahan lain.

"Dua kali jadi macam ni, telur saya check dulu sebelum buat dan memang okay. Jadi saya tak tahu apa silapnya.

Warga maya turut memberi kata-kata sokongan terhadapnya.

Warga maya turut memberi kata-kata sokongan terhadapnya:

"Saya tak kata pelanggan menipu. Mereka baik, ada yang tak nak ganti rugi apa-apa sebab beli banyak dan rosak satu sahaja," tambahnya.

Pengalaman buruk yang dialami itu membuatkan pelayar Facebook ini ingin menutup kedai kek yang diusahakan.

"Down betul sekarang ni, rasa macam dah tak nak buka kedai lagi... macam dah tak mahu baking. Stres betul," luahnya.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya.

Rata-ratanya berkongsi tip dan cara untuk mengatasi kek daripada cepat basi dan rosak.

"Loyang lepas guna terus cuci? Sebab kalau biar lama, kadang-kadang ada kuman kat loyang. Petuanya sis panaskan sekejap loyang sebelum bakar adunan kek baharu.

"Mungkin peti ais masalah, saya pernah jadi isu macam ni juga.

"Buat dua biji kek sekali. Sebiji letak peti ais biasa yang guna untuk jualan, sebiji lagi peti ais yang lain... tengok dua kek ni elok atau tidak. Sama ada peti ais rosak atau perkara lain," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang menyatakan kehairanan kerana kek tersebut basi dan berlendir seperti makanan yang dimasak menggunakan santan.

Susulan kejadian itu, segelintir netizen lagi mencadangkan supaya pelayar Facebook tersebut mendapatkan rawatan perubatan Islam.

"Jumpa mana-mana tempat berubat yang boleh bantu awak. Benda macam ni kena percaya walaupun tak ada kedai.

"Berhenti dulu ambil tempahan, cari mana-mana perawat dan ikhtiar sebab saya dah pernah terkena. Hampir dua bulan tidak berniaga.

"Macam pelik... cuba jumpa ustaz. Nak atau tidak kita kena percaya benda-benda ghaib ni ada, kita tak tahu manusia mana yang dengki dengan kita," tambah beberapa netizen lagi.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post