Aisyah Hijanah Dimadu Ketika Hamil 5 Bulan, Anggap Suami Pinjaman Allah

 

PERSONALITI media sosial dan usahawan Aisyah Hijanah Azhari, 25, menjadi perhatian selepas mendedahkan dirinya dimadukan oleh suami ketika hamil lima bulan.

Dalam hantaran di Instagram, Aisyah menganggap suami, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, atau dikenali sebagai Alif Teega sebagai pinjaman ALLAH.

Dalam pada itu, Aisyah berkata apa yang terjadi ini sebagai satu bentuk ujian terhadap doanya yang ingin memasuki syurga tanpa hisab. Katanya, ‘harga’ untuk mendapatkan syurga itu tidak mudah sebaliknya seseorang itu akan diuji sesuai dengan doa yang diminta.

“Ini jalan dan doa yang Aisyah pilih, maka Aisyah perlu bersedia untuk sebarang ujian yang lebih besar akan datang kerana sasaran adalah syurga tanpa hisab,” katanya.

Menyambut ulang tahun perkahwinan keenam pada 25 November lalu, Aisyah memberitahu dia menyangka Alif adalah miliknya seorang buat selamanya.

Sepanjang perkahwinan mereka, Aisyah menyifatkan suaminya itu banyak berkorban, memberi kebahagiaan selain mendidik dengan cara yang baik selain memberinya ‘syurga’ dunia.

“Melalui dia, Aisyah banyak belajar mengenal hidup dan Tuhan. The sadness of losing a father figure was replaced with a great man.

“I did not believe the concept of ‘pinjaman ALLAH’ because I thought ALLAH gifted him to me forever & it’s only mine 

Allah has chosen me to face this journey.

“This man is not only mine, sekarang dia adalah milik wanita lain juga. Tujuan kami maklumkan perkara ini supaya tiada timbul fitnah kepada suami saya.

“Everything is temporary. Yes, our husbands are pinjaman ALLAH. And ALLAH will give you only the best. Let ALLAH arrange the best for us for upcoming events,” titip Aisyah.

Dalam pada itu, pemilik jenama Hijanah itu menitipkan harapan buat Alif.

“

Abang, Aisyah harap Abang boleh menjadi ketua yang baik buat kedua-dua keluarga. ALLAH pilih Abang utk melalui segala yang terjadi saat ini dan akan datang.

“For now, Aisyah serahkan sebulatnya urusan ini kepada ALLAH. Terima kasih umi dan arwah ayah mendidik Aisyah menjadi wanita yang kenal Tuhan dan benar-benar menerima qada dan qadar

.

“Terima kasih khususnya buat keluarga Aisyah, mentua, rakan-rakan terdekat yang sentiasa update tentang Aisyah. Saya sangat bersyukur adanya kalian dlm hidup saya. Terima kasih,” kongsi Aisyah.

Sebelum itu Alif, membuat pengakuan telah berkahwin lagi dan penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari.

Memuat naik gambar dipercayai akad nikah, Alif menyatakan terima kasih buat Aisyah dan menganggap wanita itu isteri tidak memiliki sebarang kekurangan.

“Terima kasih khususnya kepada isteri saya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang telah berlaku, tabah dan masih kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini.

“Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan padanya. Doa saya agar ALLAH hanya kekalkan kami sehingga ke syurga tapi percaturan ALLAH buat saya dan Aisyah adalah berbeza,” kongsinya.

Lelaki itu juga menganggap Aisyah wanita yang kuat.

“Terima kasih atas doa kalian buat saya dan Aisyah. Aisyah adalah wanita pilihan ALLAH yang Subhanallah kuatnya luar biasa. Saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian mendatang. Saya tidak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia.

“Saya mohon agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi, hinaan, lagi tentang hal ini dan biarlah segala yang telah berlaku diakhiri di sini sahaja,” kongsi Alif.

Mendirikan rumah tangga pada tahun 2017, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kadeejah Hijanah, 3, dan Muhammad Hassan Syarif, setahun.

Sumber SP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post