"Famili Sentiasa Ada" - Syamel Dan Ernie Zakri Tak Berani Tinggal Anak Bersama Pengasuh

 

MEMPUNYAI suara lunak dengan sedikit serak-serak basah, Syamel sememangnya menjadi antara penyanyi yang digemari ramai.

Walaupun sibuk dengan pekerjaan hakikinya itu, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 29, tidak pernah alpa dengan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Terkesan dengan isu penderaan bayi yang kian hangat berlaku, ayah kepada Nur Khawla Soleha itu mengaku ia sedikit sebanyak mempengaruhinya.

Katanya, dia dan isterinya, Ernie Zakri, 31, tidak boleh menolak untuk tidak menggunakan perkhidmatan pengasuh bayi kerana terdapat sedikit kekangan jika mereka berdua mempunyai jadual yang sama.

msg1050426791-19361

Namun, sebagai ibu bapa, Syamel berkata, mereka semestinya ada perancangan tersendiri untuk mengawasi Khawla yang baru berusia satu tahun sembilan bulan itu.

"Saya tidak nafikan, memang banyak kes begitu dan kami sebagai ibu bapa pun tidak pernah lari daripada rasa takut.

"Saya dan isteri kedua-duanya bekerja dan memang kami ada ambil perkhidmatan pengasuh bayi.

"Tetapi kami ada perancangan kami sendiri iaitu sentiasa akan ada ahli keluarga lain seperti ibu atau ayah di rumah bersama anak dan pengasuh.

"Jadi, itu adalah cara kami untuk mengawasi anak daripada berlaku perkara yang tidak diingini," katanya.

msg1050426791-19364

Dalam pada itu, Syamel turut berkongsi perkembangan terbaharu tentang perniagaannya bersama isteri tercinta.

"Kalau dahulu, saya dan isteri selalu buat live di media sosial, promosikan barang dan berniaga pada masa sama.

"Memang ramai juga orang yang suka dan itu adalah salah satu cara untuk kami sentiasa mengeratkan hubungan dengan peminat.

"Buat masa sekarang, kami berhenti seketika bagi menghormati situasi yang sedang berlaku di Palestin dan sebagainya.

"Tetapi, jangan bimbang, kami akan mula kembali dengan keluaran dan sesuatu yang baharu istimewa buat semua," katanya.

Bukan itu sahaja, Syamel kini sedang aktif mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Belakang Tabir dan baru sahaja selesai membuat persembahan di konsert Patah Hati 2.0 yang diadakan di Zepp, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sumber Majoriti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post