“OFFLOAD IMIGRESEN itu benar” - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Disekat Ke Luar Negara. Jangan Panik, Kena Uncheck Tiket Kita Dahulu

 

Pengalaman yang cukup mengerikan apabila dihalang daripada keluar negara. Segala persiapan sudah dibuat namun tersangkut pula di kaunter imigresen. Menurut Farhan Mohamad, tragedi yang berlaku 20 November lalu sewaktu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur cukup menduga lebih-lebih lagi pemergiannya ke Madinah disertai tiga rakan yang lain.

Tidak mahu pengalaman serupa berlaku kepada individu lain, Farhan turut menulis kronologi kejadian dan apa yang perlu dilakukan sekiranya seseorang dihalang daripada keluar negara.

Jelasnya, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah daftar masuk lebih awal sudah punya lebihan masa untuk isu yang tidak diduga dan ‘uncheck’ tiket kapal terbang untuk proses pemulangan kembali duit atau tunda ke tarikh lain.

Ikuti perkongsiannya.

“Innalillah… Pengalaman 24 jam lepas….

DI SEKAT KE LUAR NEGARA / OFFLOAD IMIGRESEN DI KLIA 20 Nov 2023

Posting ni panjang aku nak tulis… pengalaman aku semalam di airport KLIA…

Sesungguhnya OFFLOAD IMIGRESEN itu benar… | TIDAK DAPAT ke luar negara itu benar…

Aku bersama 3 rakan lain dah beli tiket untuk ke Saudi semalam… 3 orang akan akan turun ke Jeddah manakala aku akan turun di Madinah… Kitaorg ke sana atas urusan untuk persiapan musim haji tahun depan… ya, persiapan awal untuk projek haji tahun depan.. ada nak join ke?(selingan)

Selepas selesai check in bag semua di kaunter, aku dan 3 orang lagi terus kita masuk untuk pergi boarding. Pintu kapal di C3. kena naik bas ke bangunan sebelah.

Aku bagi boarding pass dekat polis yang jaga untuk scan sebelum turun escalator ke imigresen. Aku siap babai lagi ke orang yang datang hantar sebelum nak touch passport di autogate tu. Sebelum tu pun siap bergambar lagi..hahahah..

2 orang kawan aku tu diorg jalan dulu. Aku duduk belakang sekali untuk touch passport di autogate.

Then time aku touch autogate, sekali keluar status – RALAT, sila ke kaunter imigeresen.

Time ni dalam hati aku, sudah. Ada benda tak kena, habis dah aku…

Pergi la aku ke kaunter 3/4. Aku bagi passport dan staff imigresen semak… Dia pun cakap, encik pernah kena blacklist ke? Aku cakap, tak ada la plak. Baru je balik sini bulan 7 hari tu.

Dia cakap, kalau tengok system memang ada blacklist tapi dia dah bukak. Nanti kita confirm dengan pegawai dia. ahh, sudah dalam hati aku…

Aku relax tepi kaunter… manakala, yang menghantar aku tu duk kat atas call… Sia cakap dalam web imigresen yang masuk ic untuk semak ke keluar Negara tu, aku mmg kena rujuk imigresen dulu.. ha, sudahh.

Kemudian, aku di minta ke kaunter pegawai dia… Sampai je ke kaunter pegawai dia, pegawai imigresen inform, Encik tak lepas nak keluar… memang dah tak sempat ni… Dia bagi senarai nombor telefon yang boleh dihubungi. Kalau diorang angkat, then terus mintak semak… Aku call semua no telefon call.. last sekali, Melaka yang angkat…

Dia inform aku kena blacklist sebab company aku ada cukai yang belum dijelaskan dengan LHDN. Kalau nak keluar, bayar at lest 50%. Dah cukai itu berjumlah 5 angka… memang tak dapat la aku nak bayar time ni… Pergi ni pun, tong tong sama-sama kita…

Time ni aku dah redho. Aku cakap dengan yang lain, aku tak dapat join. Korang jalan dulu.. huhu.. Pegawai tu pun inform yang 3 orang lagi.. kena pergi dah, boarding dah time.. takut terlepas flight nanti… aku – redha…

Sebelum ni, kalau tak silap waktu Ramadan hari tu, aku ada post pasal husband seorang ni yang tak dapat keluar Negara buat umrah.. tapi wife dia lepas.. huhuhu… sedih ooo… nasib baik la tak bawak family kali ni…

Then lepas tu aku dapat tiket yang tertulis – OFFLOAD IMIGRESEN. Pegawai tu cakap, encik saya dah batalkan tiket ni, encik boleh naik lif dekat depan tu.. siap dia tunjuk dengan tangan dia dan tunjuk tiket ni pada polis kat atas tu. Dia akan bagi encik keluar.

Aku pun patuh. Naik balik, tunjuk tiket yang aku kena offload imigesen dan terus aku duduk tepi dulu. Ambik nafas.

Apa jadi dengan tiket aku? Burn? Atau macam mana?

Aku pun terus ke kaunter Saudia cakap aku kena OFFLOAD. Dia bantu aku untuk dapatkan balik bag aku. Bag dah masuk kapal. Diorang kena cari balik.

Kemudian, pasal tiket macam mana? Aku call Adinas sebab tiket ni aku beli round trip… kalau tiket ni no show, tiket balik sini burn.. so cost aku akan burn la duit tiket…

Btw – ADINAS ni ialah wakil Saudia di Malaysia.

Adinas cakap benda pertama kalau nak selamatkan tiket ialah : kena uncheck dulu.. apa itu uncheck.. time kita beratur nak masukkan bag itu di panggil check in… jadi, kena kaunter cancel check in di panggil uncheck..

Terus aku ke kaunter untuk cakap benda ni.. kat kaunter tak ada org dah, terus ke pejabat saudia di tingkat 4… ketuk2 pintu tak ada org… call adinas lagi, dia cakap dalam system masih lagi check in.. aduhhh… dia cakap cuba masuk apps kalau boleh uncheck.. tapi mana boleh da… itu system airport..

Kemudian keluar orang ni, kita explain masalah ni.. dia pun call staff yang jaga tiket… dia cakap, ada di tingkat 5.. kaunter K5.. terus naik plak… jumpa dengan staff  ni…

Dia pun dah tahu, sbb aku seorg je kena offload flight ni.. hahahha.. dia semak, system masih lagi check in… aduh, Tanya pendapat dia… boleh selamatkan tiket aku ni… sayang betul kalau burn ni… dia cakap, ada 4 kategori.. A, O, S dan Z… kalau selepas depart tiket encik status S dan Z.. tiket akan burn.. tapi kalau kat system dia tulis A dan O… boleh diselamatkan dan tukar tarikh…

So, berdebar la kami menunggu kapal nak depart.. huhuu… sesambil tu aku Tanya la.. tapi la kan, kalau kes mcm saya ni mcm mana.. selalu la.. dia cakap, dia tak tahu nak cakap sbb system yang buat.. tapi selalunya S dan Z je… aduh la…

Aku time ni tak tahu nak buat apa dah… berdoa je la agar tiket dapat diselamatkan.. mahal ooo tiket skrang… takkan nak burn…

Dia cakap kat aku, sepatutnya encik kena naik awal sebelum kaunter closed kalau nak selamatkan tiket… kaunter akan close 1 jam sebelum depart.. kalau time tu tiket mungkin dapat diselamakan.. kalau mcm ni, kena tunggu kapal depart baru kita tahu …

Selang beberapa ketika, dia pun cakap,. Encik, kapal dah depart.. jom kita tengok dalam system encik punya tiket… dia pun taip2.. then keluar status tiket aku… Alhamdulillah, tiket encik status A… fuhhhhhh, lega terus aku… jarang berlaku ni encik… allahuakbar.. semua kuasa Allah belaka.. saya pun tak ada buat apa2, tuan pun tak buat apa2..

Terus aku mintak dia openkan tiket tersebut.. lega… selesai bab tiket….

Seterusnya aku pi nk ambik bag pulak…

So, bawak la tiket yang tertulis offload tu ke lost & found di arrival.. kena masuk ikut sebelah 4 finger di ketibaan(laluan kakitangan).. kena jumpa polis untuk masuk.. kemudian dah tunjuk semua dapatkan masuk then pergi ke AeroDarat untuk ambik bag aku semula.. bag boleh ambik 30minit-1jam selepas depart…

Then bagi tiket flight, passport kat lost & found tu.. selesai la dapat bag… kemudian kita nak balik…

Keluar ikut arrival, mcm baru tiba kannnnnn… hahahahahhahaa… acah2 baru balik lettew, padahal kena offload.. wakakakaka….

Apa yang aku dapat semalam ialah, dapat contact beberapa pengarah lhdn… diorg amat membantu… kes lhdn aku di Selangor, tak sampai 40 minit terus pegawai yang in charge file kes syarikat aku call aku direct.. Alhamdulillah, baru aku tahu info.. Rabu kena pi LHDN untuk perbincangan…

Kalau aku masuk awal sejam, mungkin aku boleh terbang semalam.. sela masa dengan pegawai yang in charge tu call tak lama pun… tapi sebab aku masuk nk pi boarding pun dah lambat..

even pegawai imigresen pun cakap benda yg sama… kalau masuk awal, boleh lepas ni… tapi bila setengah jam lagi nak boarding time, mmg tak sempat nak buat apa dah…

Kita merancang, Allah merancang dan perancangan Allah itu yang terbaik… selalunya sebelum aku keluar, aku akan semak di web imigresen boleh keluar ke tak.. tapi kali ni tak semak langsung.. LHDN meletakkan aku dalam senarai tak boleh keluar bulan 10 lepas.. aku confident tu sbb baru balik bulan 7 hari tu.. takkan la tak boleh keluar kan.. sekali, ambikkk…

Jadi, kalau sesiapa yang kena OFFLOAD…

1 -relax dulu, then selesaikan part tiket dulu kalau tiket tu berharga.. mungkin boleh tunda ke tarikh lain

2 – bertemu dengan staff airlines sesegera mungkin. Jangan lengah.. kadang2 diorg habis kerja diorg pi minum, solat atau balik. Jadi, masa kita amat berharga time ni.

3 – bag jangan risau… dia akan letakkan di lost n found.. nnt masuk balik dekat arrival ambik bag

Akhir kata, sebelum keluar Negara tu, semak di web imigresen.. https://sspi.imi.gov.my/sspi/  kalau keluar ayat – Keputusan semakan: Sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat, mmg tak boleh la tu.. selalu kalau orang boleh keluar, dia akan tulis tiada halangan.

Pengalaman ini amat berharga bagi aku dan aku kongsi kalau ada sesiapa yang kena dan jangan panik… pengajaran jugak, kalau boleh masuk boarding tu awal2.. jangan masuk lambat.. huhuhu…”

Kedit FB Farhan Mohamad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post