Bagi yang baru pertama kali hendak melangkahkan kaki ke Mekah, selain menunaikan umrah, sudah tentulah ia menjadi satu tanggungjawab untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima.
Mengapa Kaabah ditetapkan sebagai kiblat seluruh umat Islam di muka bumi ini?
Jika didedahkan rahsia itu nescaya kita akan rasa bertuahnya diri kerana dipilih menjadi Islam. Rahsia itu semua akan menyebabkan kita rasa betapa agungnya Tuhan, indahnya Islam, dan takut kepada-Nya.
Marilah kita rungkaikan satu persatu rahsianya yang telah dibuktikan dengan sains. Setiap sesuatu yang Allah jadikan ada penerangannya dari sudut saintifik yang menyebabkan kita semakin kuat dan dekat pada Nya.
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran surah Faatir, ayat 28 bermaksud, “…Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah ) Allah dari kalangan hamba-hamba Nya hanyalah orang-orang yang berilmu…“
Diperintahkan ibadat haji ke Mekah bukan sekadar menjadi rukun Islam tetapi wujud kesannya pada spiritual, kesihatan dan kehidupan seharian.
Kenapa Mekah? Ada sesuatu yang menarik perlu dikongsi bersama iaitu, mengapa Mekah dan Kaabah itu menjadi kiblat. Sebenarnya ia bukan sekadar arah kiblat ketika bersembahyang bagi umat Islam seluruh dunia tetapi lebih daripada itu.
Ia menjadi lebih menarik kerana Allah telah menyatakan perihal Kaabah di dalam al-Quran menerusi surah Al-Maa’idah, ayat 97 bermaksud, “Allah menjadikan Kaabah rumah yang mulia itu sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan soal-soal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia dan binatang-binatang korban dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Kenapa begitu? Mudah saja jawapannya, kerana Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak, jawapannya sudah ditemui sejak kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969.
Di dalam satu temu bual yang pernah disiarkan di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir pernah mengulas bahawa angkasawan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya, ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
“Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan, di tengah-tengah adalah zon keseimbangan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan, boleh. Bawa kompas ke Kaabah dan anda akan dapati, jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat,” jelas Dr. Abd Al-Baset.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat laindi dunia ini,” jelasnya.
Ujarnya lagi, tidak hairanlah kalau seorang tua yang tidak kuat untuk berjalan boleh menjadi sihat dan mampu melakukan ibadat haji dengan sempurna walaupun berasak-asak dengan jemaah lain.
Keadaan semula jadi Mekah yang menjadi pusat bumi itu telah memberikan tenaga luar biasa kepada manusia yang mengerjakan haji atau umrah. Ketika tawaf mengelilingi Kaabah, tenaga seperti dicas semula dan mendapat kekuatan yang luar biasa. Ini kerana anda berada di tempat yang tidak ada tekanan magnetik.
Sudah jelas bukan, Mekah adalah tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya. Sebab itulah air telaga zam-zam tidak pernah kering dan akan sentiasa membuak-buak keluar. Kalau dikira dari saiznya memang tidak masuk akal apabila ia boleh membekalkan air untuk berjuta-juta umat Islam yang menunaikan haji setiap tahun. Hanya tekanan graviti yang kuat saja boleh menyebabkan perkara itu berlaku.
Kerana itu dalam Islam, banyak perkara yang kita lakukan perlu menghadap ke kiblat. Misalnya menyembelih haiwan ternakan pun mengarah ke kiblat, kematian dan banyak lagi perbuatan seharian yang mengarah ke sana. Hanya satu saja yang tidak boleh menghadap kiblat iaitu tandas atau ketika buang air.
Satu contoh terbaik yang boleh diberikan. Kenapa menyembelih binatang ternakan perlu disunatkan menghadap ke kiblat? Menurut kajian yang dijalankan darah yang keluar akan membawa sekali toksid, racun dan kolestrol. Hasilnya, daging tersebut menjadi manis dan sihat. Berbanding penyembelihan yang dilakukan tanpa mengambil kira arah kiblat yang akan menyebabkan daging menjadi lebam dan tidak sedap.
Mengukur ketepatan pusat bumi
Pada tahun 1978, sekali lagi kajian dilakukan oleh Dr. Husain Kamaluddin yang mula menjalankan penyelidikan untuk menentukan arah kiblat bandar-bandar besar di dunia.
Dia menjalankan penyelidikan selama dua tahun untuk mencari kedudukan yang tepat. Namun akhirnya di dalam pencarian itu dia berjaya membuktikan, memang benar Mekah adalah pusat bumi.
Pengamatannya mendapati kedudukan Mekah di tengah-tengah antara tujuh benua dan jaraknya memang jelas. Hasil penyelidikannya itu disiarkan di dalam The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center. Beliau menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical tringle untuk menentukan kedudukan Mekah yang berada di tengah-tengah daratan bumi.
Itu bukti saintifik yang kedua berjaya dirakamkan. Kemudian pada sekitar tahun 90-an, apabila teknologi angkasa lepas semakin canggih. Kedudukan Mekah lebih mudah dibuktikan sebagai pusat bumi apabila gambar-gambar satelit dirakamkan memberikan keputusan yang sama.
Sumber Utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.