"Tak cemburu orang senang, suka sedekah" - Sifat Mulia Suhaimi Saad Undang Air Mata

 

HIDUP bersama sebagai suami isteri selama 16 tahun, penyanyi Ina Naim menyaksikan pelbagai kebaikan yang dilakukan suami, Allahyarham Suhaimi Saad. Biarpun dikecam bersederhana, bekas ahli kumpulan In-Team itu bahagia.

Menerusi hantaran di laman sosial dikongsikan Ryhan Mus yang menziarahi Ina sekeluarga di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor mendedahkan perkongsian Ina tentang arwah hanya meninggalkan tujuh helai baju dan selipar manakala mesin basuh pula disedekahkan arwah kepada jiran.

“Rumah Ina sebenarnya bukan tiada mesin basuh. Ada, tapi Ina nampak anak jiran angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat. Iyalah, budak kena buat kerja. Ina tegur jiran dan bertanya.

“Kenapa kakak?

Spin mesin basuh rosak” jawab jirannya.

“Ina masuk dan bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran rosak. Arwah menyuruh anaknya memberikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut. Mulianya hati,” coretnya.

Setia bersama di samping Suhaimi, Ina melihat ketulusan hati dan pelbagai kebaikan dilakukan arwah termasuk bersedekah.

“Sepanjang hidup bersama 16 tahun dia tak pernah ada iri hati melihat orang lain senang dan mewah. Dia tetap dengan dirinya dan selalu bersangka baik.

“Orang senang atau orang susah, miskin atau kaya semua dia bantu.

“Kalau dia nak tolong, dia tolong. Kalau ada, dia beri.

“Jika ada minta sedekah untuk beri anak makan, beli lampin atau susu. Ada duit RM100, dia beri RM50. Ada juga dalam sesetengah (situasi) dia beri semua,” ujar Ina.

Seolah tahu akan pergi selamanya, penyanyi lagu Selamat Tinggal Dunia itu juga menjual keretanya di Kelantan seminggu sebelum pulang ke Kota Tinggi. Perginya tanpa meninggalkan harta kecuali anak-anak dan isteri yang soleh.

“Arwah pergi tanpa meninggalkan sebarang harta malah rumah di Kelantan hanya rumah sewa. Yang tinggal adalah tujuh pasang baju dan selipar, Masya-ALLAH.

“Arwah pernah cakap dengan Ina, dia sudah mengalami 30 tanda-tanda kematian. Tapi Ina buat tak layan tetapi diam-diam Ina Google juga untuk mengetahui tanda-tanda awal kematian tu bagaimana,” titip Ryhan.

Paling berat dugaan ialah apabila pernah difitnah jadi peminta sedekah dengan berpurdah. Kata Ina memang benar dia keluar minta sedekah tetapi bukan untuknya dan keluarganya.

“Kutipan derma itu mereka hantar kepada mualaf di Sabah. Mualaf di sana ramai yang meninggalkan Islam disebabkan mereka sangat susah. Hanya bawa ribuan ringgit sedangkan agama lain datang bawa jutaan ringgit.

“Kata Suhaimi, mereka terkapai-kapai tidak tahu ajaran Islam yang sebenar. Apa mereka tahu, tidak boleh makan babi dan anjing tetapi ular, kera dan lain-lain dimakan.

“Mandi wajib pun tidak tahu. Suhaimi cakap  semua ini akan disoal ALLAH kepada kita nanti, apa yang hendak dijawab,” kongsi Ina kepada Ryhan.

Memilih hidup sederhana berlandaskan Islam, Suhaimi dan keluarga sering dipandang negatif sesetengah pihak walhal mereka sangat gembira dengan cara sendiri.

“Suhaimi selalu bertanya Ina, bolehkah tahan (hidup) dengannya? Jika tidak mampu, dia akan lepaskan Ina. Sebab jalan yang dipilih beliau selalu dikecam.

“Namun kata Ina dia tidak pernah dipukul dan dimarahi. Malah mendapat didikan agama dan kasih sayang yang melimpah ruah. Itu lebih bermakna buat Ina daripada semuanya,” titipnya.

Menerusi pertemuan itu, Ina juga bercerita tentang saat-saat akhir pemergian suami namun masih mahu berdakwah.

“Suhaimi stop live sebab dia tidak mahu orang perasan dia sakit sebab makin kurus. Dia tidak mahu orang kasihankannya.

“Dia minta Ina buat live sendiri sambil share ilmunya. Dia tolong dari tepi sambil berbaring di atas tilam.

“Bila orang tanya mana Suhaimi mana, dia lambai tanpa tunjuk muka dan buat suara besar macam orang sihat.

“Anak lelaki mereka 13 tahun menjadi imam solat jenazah. Memang Suhaimi sudah berpesan kepada si adik kerana bacaan al-Qurannya lebih baik,” kongsinya.

Ryhan berkata segala perkongsian beliau tentang Allahyarham Suhaimi telah mendapat keizinan daripada Ina sendiri.

“Kami datang ziarah dan berbual, bukan niat menemuramah. Ina yang banyak mulakan bicara dan berkongsi. Mana mungkin saya mampu banyak bertanya sedangkan air mata keluar tidak henti,” kongsinya.

Ina menerusi video dikongsikan berkata dia belum menangis selepas pemergian Suhaimi.

“Tengok videonya, Ina tidak menangis lagi buat masa ini. Tetapi bila pegang bajunya, saya kata, abang sudah tinggalkan Ina.

“Saya tidak fikir dia di sana menderita,” ujar Ina dalam video yang menerima lebih 500,000 tontonan.

Allahyarham Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40, malam 15 November lalu akibat mengalami kegagalan organ susulan jangkitan kuman pada paru-paru selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail (HSI).

Pergi pada usia 43 tahun, Suhaimi meninggalkan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Sumber FB  Ryhan Musa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post