“Sakitnya hanya Allah yang tahu” – Sikin Kongsi Derita Tukar Jantina jadi ‘wanita tuIen’

 

Lahirnya lelaki nalurinya perempuan. Sepanjang hidup dia keliru dengan identiti diri. Melangkah ke pejabat setiap hari juga menyeksakan. Perasaannya bercampur baur, bagaimanakah masa depan aku?

Mahu dikenali sebagai perempuan bernama Norasikin, terpaksa menerima hakikat dia harus memilih satu jantina sahaja untuk hidup tenang. Perempuan menjadi hasrat hati. Tambah pula nama yang tertera dalam kad pengenalannya adalah Norasikin (bukan nama sebenar).

Gemarkan fesyen, suka mencantikkan diri dan menjaga penampilan menguatkan keinginan lelaki ini untuk menjadi perempuan.

Pun begitu niatnya terhalang kerana tugasnya sebagai penjawat awam tidak membenarkan dia berbuat demikian. Lelaki tetapi lelaki, mana boleh berpakaian perempuan ke tempat kerja.

Mahu tidak mahu Norasikin terpaksa melawan hati dan perasaannya yang tertekan dengan kemelut identiti diri yang dialaminya. Fizikalnya menyerupai lelaki namun nalurinya penuh dengan sifat-sifat kewanitaan. Dia mahu menjadi perempuan sepenuhnya, zahir dan batin.

Jalan terakhir memenuhi impiannya itu hanyalah melalui pembedahan tukar jantina untuk menjadi `wanita tulen’.

“Saya tahu berdosa menukar jantina tetapi tidak mungkin saya mahu terus menjadi lelaki sebab saya dilahirkan dengan perasaan semula jadi sebagai perempuan dan bukannya saja dibuat-buat. Sejak umur tujuh tahun saya segan berkawan dengan budak lelaki sebaliknya selesa bermain dengan budak-budak perempuan, mereka adalah kawan saya,’’ Norasikin memulakan bicara.

Menurutnya, sejak kecil lagi saudara-mara dan orang keliling sering bertanya sama ada dia lelaki atau perempuan sehingga dia naik rimas dan malu untuk berdepan dengan masyarakat dan menghabiskan banyak masa berkurung dalam bilik.

“Doktor juga keliru semasa saya lahir. Pada mulanya doktor beritahu ibu bapa saya, yang saya bayi perempuan lalu bapa meletakkan nama saya Norasikin. Kemudian mereka beritahu pula saya seorang lelaki, tetapi nama saya sudah didaftarkan sebagai perempuan’’ ceritanya.

Bawa RM8,500 Ke Thailand

Selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sikin yang meminati bidang rekaan fesyen terpaksa melupakan minatnya setelah ditawarkan mengikuti pengajian Diploma Sains Kesetiausahaan di salah sebuah institusi pendidikan awam.

“Hidup saya amat terseksa kerana hanya boleh memakai pakaian perempuan pada waktu malam sahaja. Keadaan menjadikan saya benar-benar ingin menukar jantina. Saya mahu jadi perempuan sepenuhnya.

“Perasaan ini semakin meronta-ronta pada usia saya 23 tahun. Namun hasrat ini saya pendam seketika sebab ramai yang tidak menggalakkan, kata mereka berdosa, kubur tidak terimalah dan ramai yang beritahu saya boleh jadi tidak siuman selepas melakukan pembedahan tersebut,’’ jelasnya.

Takut dengan komen-komen tersebut Norasikin mendiamkan diri buat sementara sehinggalah dia berkenalan dengan seorang `ibu ayam’ melalui laman sosial. Sebelum bagi idea, `mak ayam’ ini bertanya kenapa dia hendak menukar jantina. Katanya kalau kerana lelaki baik lupakan hasrat tersebut tetapi jika fikirkan masa depan dan kepuasan diri untuk menjadi Wanita teruskan.

“Saya lakukan pembedahan ini untuk melengkapkan diri sebagai `perempuan’ sepenuhnya kerana saya mahu jadi perempuan dalam erti kata sebenarnya,’’ tambah Sikin anak kedua daripada lapan beradik ini.

Tanpa pengetahuan keluarganya pada 15 Jun 2012, Sikin menuju ke Thailand berbekalkan wang tunai RM8,500 untuk membuat pembedahan tukar jantina di sebuah klinik yang dicadangkan oleh `ibu ayam’ tersebut.

Kata ibu ayam itu, doktor klinik itu sangat bagus dan hasilnya memang mengagumkan kerana dia boleh membentuk alat kelamin serupa macam perempuan tulen dengan harganya juga berpatutan.

Dalam perjalanan hati Sikin bercampur baur antara suka dan duka. Suka sebab bakal menjadi `wanita tulen’ dan yang ditakutinya kesan tidak seperti yang diharapkan, takut mati, risiko jangkitan dan macam-macam lagi yang difikirkan.

Selepas berjumpa doktor dan membayar wang, Sikin diarahkan mendaftar diri di sebuah hospital pada jam 2 petang. Setelah melakukan beberapa pemeriksaan dan berpuasa, Sikin dibedah pada malam itu juga jam 8 malam sehingga jam 11 malam.

“Setelah pembedahan saya rasa tidak selesa di bahagian alat suIit. Saya demam selama tiga hari. Saya juga diajar cara menjaga kebersihan pada bahagian tersebut. Saya disuruh mencucinya lima kali sehari menggunakan air suam dengan sejenis ubat selama sebulan. Sebelum balik saya diberi sijil yang menyatakan telah menjalani pembedahan tukar jantina.

“Saya kini ada alat kelamin perempuan. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Seksa untuk bergerak, seksa segala-galanya. Tapi saya harungi juga kesakitan itu kerana itu yang saya inginkan.

“Saya dibenarkan pulang dengan memakai tiub kencing yang boleh dibuka selepas seminggu. Bayangkan betapa deritanya saya yang baru dibedah terpaksa menggunakan kudrat yang sakit untuk kembali ke Malaysia. Sampai di Kuala Lumpur saya memandu pula untuk pulang ke Melaka.

Berpantang Macam Orang BersaIin

“Di Melaka saya berpantang selama 44 hari macam wanita yang baru melahirkan anak. Bagi menyembuhkan luka Sikin mengamalkan makan ikan haruan dan juga patinya di samping mengambil makanan seperti bubur. Dalam masa berpantang berat saya turun sebanyak 10 kg,’’ jelas Sikin yang mengaku dia masih menanggung sakit akibat pembedahan tersebut.

Tambahan pula bahagian alat sulit yang dibedah menjadi perempuan itu masih lagi berdarah dan mengeluarkan cecair.

Selepas sebulan menjalani pembedahan itu merupakan satu cabaran pada Sikin kerana dia tidak mampu melakukan kerja-kerja berat. Hendak bergerak juga dia takut bimbang memudaratkan diri.

Sumber Wanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post