"Terima kasih suntik semangat dia" - Eerah, Wanita OKU Gigih Jual Burger

 

GIGIH berusaha mencari income sendiri meskipun tidak sempurna seperti wanita lain.

Itu semangat yang ditonjolkan oleh seorang wanita, Jaheerah Nadzri atau mesra disapa Eerah yang membuatkan ramai kagum.

Walau serba kekurangan, namun sedikit pun tidak menghalang beliau yang juga orang kelainan upaya (OKU) berusia 29 tahun itu untuk buktikan kemampuan diri.

Apa yang membuatkan netizen bangga dan teruja, Eerah berusaha mencari duit poket sendiri dengan menjual pelbagai jenis burger.

Gerai yang dibuka sejak Januari lalu nampaknya menjadi viral di media sosial apabila ramai teruja melihat kesungguhan Eerah mencari rezeki.

gigih wanita oku eerah

Lagi menarik, anak bongsu daripada empat beradik itu turut dibantu ayah tersayang, Nadzri Abd Majid, 66.

Nadzri secara eksklusif memberitahu, pihaknya bersyukur dengan sambutan yang diberikan orang ramai.

gigih wanita oku eerah

“Ramai yang beri sokongan termasuk dalam ruang komen TikTok bila Eerah live, jadi secara tak langsung menyuntik semangat dia.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong Eerah,” katanya.

Cerita bapa empat anak itu, pada mulanya beliau susah untuk melepaskan anaknya untuk bekerja dengan orang kerana memikirkan kemampuan Eerah yang terhad.

“Jadi, saya lebih senang kalau Eerah bekerja sendiri. Nasib baiklah dia memang berminat berniaga dan sebelum ini memang sudah berjual pelbagai makanan.

gigih wanita oku eerah

“Mungkin rezeki Eerah lebih kepada jualan burger. Lagipun Eerah dah pandai masak sendiri. Kami hanya bantu sikit-sikit saja,” katanya sambil memberitahu wanita itu sebelum ini pernah menjual kuih raya.

Kepada yang melayari media sosial, usahawan burger di hadapan Surau Al-Hijrah, Kota Warisan, Sepang, Selangor itu menarik perhatian ramai apabila rajin berkongsikan rutin harian bersama pengikutnya di akaun TikTok.

gigih wanita oku eerah

Alhamdulillah, semua posting yang dikongsikan pemilik akaun @jaheerahnadzri94 itu menerima tontonan tinggi hingga mencecah 13.9 juta.

PEMANGKIN SEMANGAT

Rata-rata video pendek yang dikongsikan berkisarkan jualan burger yang disediakan sendiri bermula jam 6 petang sehingga habis.

Antara hantaran menarik perhatian ramai apabila Eerah menunjukkan cara memecah telur di atas pan yang diajar oleh ayahnya.

gigih wanita oku eerah

Tidak kekok menyiapkan tempahan, Eerah juga pandai menyediakan menu laku keras seperti Burger Kahwin dan banyak lagi menggunakan sos resipi arwah ibunya.

Ramai pengikut meninggalkan komen positif kepada wanita cekal itu sebagai pemangkin semangat.

Ada juga segelintir yang secara terbuka memberitahu, mereka menitiskan air mata setiap kali menonton video yang dikongsikan Eerah.

gigih wanita oku eerah

Berikut kata-kata yang SinarPlus petik daripada ribuan komentar yang ditinggalkan:

“Adik menjadi inspirasi untuk masyarakat di luar sana. Teruskan dik kamu hebat kamu kuat. Semoga dipermudahkan segala urusan kamu. Amin.” – @nananini130

gigih wanita oku eerah

“Lepas tengok video akak ni, aku tak patut mengeluh penat. Moga bisnes akak berjaya. Amin.” – @ayamkunyit

gigih wanita oku eerah

“Kenapa aku yang sihat selalu mengeluh penat, ALLAH semoga dimewahkan rezeki dik.” – @adell3239

“Sukanya tengok Eerah ni daripada dia jual cornflakes lagi, rajin dia tahu harus presentable kemas untuk berniaga, tahu jaga diri, proud of her parents jugak.” – @cikrajin

gigih wanita oku eerah

“Macam ni baru betul cari rezeki bukan sihat tubuh badan tu buat NPC yang entah apa-apa. Tak faham aku. Buat awak ni semoga ALLAH merahmati dan limpahi rezeki.” – @Fizysepet

gigih wanita oku eerah

“Kuat usaha walaupun kurang upaya. Masya-ALLAH semoga adik diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan dunia akhiat.” – @aaminmomoyy

gigih wanita oku eerah

Justeru, kepada anda di luar sana, jangan cepat patah semangat jika belum dikurniakan rezeki yang diimpikan.

Apa yang penting, kena rajin berusaha dan percaya kepada rezeki ALLAH.

Sumber TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post