“Tak tergamak saya nak panggil ianya besi buruk” - Bukan Salah Kereta Mewah, Lelaki Ini Tegur Netizen Agar Rancang Kewangan

 

Tular di laman Facebook akan perdebatan akan memiliki kereta dan rumah mewah yang dilihat sebagai beban kewangan. Rata-rata menyifatkan ianya bukan satu keperluan, sebaliknya hanya untuk simbol kemegahan untuk dibanggakan.

Namun berbeza dengan perkongsian Shaari Anuar, ulasnya setiap kehendak dan kemewahan haruslah disertai dengan ilmu kewangan dan perancangan yang bijak. Malah ulasnya, memiliki kereta mewah adalah pelaburan kasih sayang buat keluarga dan keselesaan. Malah tegasnya, membeli kereta haruslah dilihat kepada kemampuan kewangan untuk membayar komitmen bulanan.

Tambahnya lagi, memiliki kereta mewah tidak salah, sebaliknya perancangan dan kemampuan itu yang perlu dilihat dengan teliti.

“Ni kereta Merc AMG saya. Tak tergamak saya nak panggil ianya besi buruk.

Dah setahun setengah saya pakai, banyak jasa pada saya.

Saya bayar downpayment plus takaful around  400k, selebihnya  200k lagi saya guna bank loan PB, as a Consultant Public Mutual, saya  entitled free interest.

Tak ambil rasa macam rugi la pulak…

Literally, ansurans 5 tahun saya ambil tu, kurang 5% dari income monthly saya.

Kena tahu limit kita untuk beli rumah dan juga kereta.

Kalau ikutkan prinsip saya, time masuk je umur 40 dulu dulu, saya dah stop  tambah hutang. Hutang yang ada langsaikan cepat cepat.

Nombor plate saya register online dengan JPJ berharga 250 -300 kot, bukan tender ye, samakan kereta MINi saya belikan untuk bini, dan juga motor nombor plate BMW Motorrad saya.

Saya tak nak no fancy, sebab kereta bagi saya  bukan simbol kemegahan, tapi keperluan. 

Adakah beli kereta satu kejayaan?

Wallahi, saya tak pernah rasa macam tu. Saya beli untuk kelesaan.

Setiap hari saya antar anak dan ambik anak saya sekolah, dan selalu jugak saya saya balik kampung tengok hotel budget saya yang tengah renovate kat Kuala Terengganu.

Drive dengan rasa cukup selesa, tak ada lenguh lenguh kaki walopon straight je 4 jam setengah tak berhenti.

Even saya tak pakai kereta yang beharga lebih 1 juta,

Tapi kalau saya jumpa clients atau berjumpa kawan kawan, saya parking agak jauh.

Takut terimpress orang yang saya suka, atau tidak suka.

Saya nak hubungan ukhwah tanpa bersyarat, bukan simbol kemegahan jadi pertaruhan.

Rasa membazir tak? Bagi saya tak.

Bila balik kampung, saya boleh mendaki kat Karak dengan cukup lancar, dan ada ciri ciri keselamatan yang cukup efficient.

Pernah satu ketika, saya reverse ke belakang, ada seorang wanita tiba tiba berada di belakang kereta saya, automatic kereta saya break mengejut.

Dan kalau tuan puan suka speeding, memang sesuai. Saya tak lah melampau lampau laju sangat.

Sometimes Myvi potong je saya kat highway haha.

Bagi saya, kereta apa tuan puan nak pakai, tidak menjadi masalah.

Yang penting, tidak menyeksa diri, tak susahkan orang lain dengan bayaran tertunggak, dan tak menyusahkan family kita.

Tak menjadi kesalahan tuan puan nak reward diri inginkan keselesaan, selain kita bayar zakat untuk agama dan juga cukai untuk negara.

Last sekali,  tak sesuai kereta kita  dipanggil besi buruk.

Masa baru, tengah sayang, selalu dilap.

Bila rasa terbeban, label besi buruk.

Bukan kereta tu yang salah, perancangan kita dari segi kewangan  yang salah.

Shaari Anuar II”

Sumber FB Shaari Anuar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post