Setelah 18 Tahun Menanti Rezeki Dikurniakan Anak Lelaki, Bapa 7 Puteri Ini Akhirnya Boleh Bentang Sejadah Sebelah Kanan

 

MERIAHNYA rumah keluarga anak ramai. Selepas dikurniakan tujuh orang puteri, famili besar Mohamad Farishal, 40, dan isteri, Nor Shaeriani Awang Hamat, 40, akhirnya menyambut kelahiran anak kelapan lelaki.

Selalu disorot media, keluarga ini tidak asing di laman sosial. Keunikan tampil berpakaian sama biarpun ada daripada tujuh anak perempuan mereka mencapai usia remaja mencuri perhatian warga maya.

Tidak hanya itu, enam daripada tujuh beradik berusia antara dua hingga 16 tahun itu juga turut berkongsi bilik tidur dan ruang belajar serta ruang peribadi sama.

Perkongsian video Mohamad Farishal di laman sosial TikTok mengenai suasana bilik anaknya dan gaya keluarga yang seragam di akaun sosial itu meraih jutaan tontonan.

Kagum melihat mereka mengendalikan tujuh anak perempuan dengan baik, warga maya sering menitipkan doa agar pasangan ini dikurniakan anak lelaki pula.

Nampaknya doa yang dititipkan dimakbulkan. Dalam perkembangan terbaru, pasangan itu menyambut kehadiran anak kelapan lelaki.

Berkongsi video sejadah dihamparkan di sebelah imam, Mohamad Farishal menzahirkan syukur.

“Akhirnya dapat juga saya bentangkan sejadah untuk zuriat yang lahir semalam di sebelah kanan saya. Semoga besar nanti menjadi makmum atau mungkin imam saya.

“Bakal menggantikan saya suatu hari nanti untuk memimpin keluarga. Ahlan wa sahlan wahai Ahmad Qhalifa, semoga menjadi pejuang Islam sejati,” titipnya.

Bayi berkenaan seberat 3.1 kilogram (kg) itu dilahirkan pada 21 November lalu di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Serdang, Selangor.

Nor Shaeriani menerusi Facebook sempat berkongsi pengalaman bersalin anak kelapan secara normal.

“Alhamdulilah pada 21 November 2023 lahirlah anak saya sebagai pewaris tunggal lelaki seberat 3.1 kg

“Syukur kepada ALLAH SWT mengurniakan juga anak lelaki sebagai penanda last pada umur 40 tahun,” kongsinya.

Mohamad Farishal menzahirkan kesyukuran tidak terhingga di atas kelahiran Ahmad Qhalifa.

“Syukur Ya ALLAH. Engkau telah memakbulkan doa kami. Mungkin ada di antara kami telah diangkat doanya kepada-MU ya Allah.

“Hampir 18 tahun menanti anak lelaki akhirnya diberi jua, Allahuakbar. Terima kasih semua sahabat yang mendoakan,” luahnya.

Terdahulu, Nor Shaeriani pernah berkongsi impiannya untuk memiliki cahaya mata lelaki sebelum usia 40 tahun.

Pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata perempuan iaitu Nur Eliesya Nazzulia, 16, Nur Eliesya Qisstina, 15, Nur Eliesya Qhaisara, 13, dan pasangan kembar, Nur Eliesya Hussna, Nur Eliesya Hussni, 11, Nur Eliesya Zakirah, 6, serta Nur Eliesya Zhafira, 2.

Wah meriahnya, akhirnya dikurniakan anak lelaki selepas tujuh puteri. Tahniah buat keluarga ini.

Sumber SP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post