SETIAP KALI ada kematian, terdetik dalam hati kita perkataan ‘hantu’. Itulah lumrah yang sering dikaitkan dengan hantu setiap kali berlakunya kematian.
Menyentuh tentang kematian, pasti kereta jenazah diperlukan untuk membawa jenazah ke kampung halaman ataupun terus ke tanah perkuburan.
Itulah pengorbanan dan tugas Haji Anuar Yaakob, 70, yang sanggup memandu kereta jenazah bagi memastikan jenazah selamat sampai ke destinasi tanah perkuburan mahupun kampung halaman si mati.
Sebelum menjadi pemandu kereta jenazah, Haji Anuar pernah bekerja di sebuah Syarikat swasta dan memilih untuk bersara awal serta meneruskan pekerjaannya sebagai pemandu teksi dan sekarang sudah 17 tahun memandu kereta jenazah di Kampung Cheras Baru, Selangor.
“Pekerjaan ini dilakukan setelah menjadi ahli Badan Khairat Kematian Kampung Cheras Baru. Mungkin mereka tengok saya ini pandu teksi jadi tugas memandu kereta jenazah itu diserahkan kepada saya. Tugas ini saya anggap sebagai amanah dan amal jariah untuk membantu masyarakat,” katanya.

Selain menghantar jenazah penduduk Kampung Cheras Baru ke tanah perkuburan, Anuar juga bertanggungjawab menghantar jenazah ke mana-mana destinasi termasuklah menghantar ke Terengganu, Kelantan dan Johor Bahru. Jika terpaksa keluar daerah, Anuar akan membawa seorang kawan sebagai teman.
Seperti tugas lain, Anuar tidak lari daripada mengalami pengalaman yang aneh antaranya, satu ketika sekitar pukul 2.30 pagi sewaktu melalui Lebuh Raya Karak, kereta jenazah yang dipandu bergerak amat perlahan sedangkan minyak sudah ditekan habis.
“Dalam kereta jenazah ketika itu hanya ada jenazah dan saya serta tiga pengiring. Menyedari keadaan itu pak cik membaca ayat-ayat suci yang termampu, selepas dua kilometer dari tempat itu, barulah perjalanan kami kembali seperti asal,” kata Anuar.

Pengalaman kedua kata Anuar berlaku pada waktu tengah hari ini, lebih kurang pukul 12.30 tengah hari ketika dia mahu mengambil kereta jenazah yang terletak di kawasan masjid. Semasa hendak membuka kunci garaj tiba-tiba terdengar keranda di dalam kereta jenazah berdentam dentum.
“Sempat juga pak cik gurau, ‘kau ada lagi ke panjang?’ Syukurlah tidak ada apa-apa yang berlaku selepas itu,” cerita Anuar sambil ketawa mengenai pengalamannya sepanjang memandu kereta jenazah.
Menyentuh mengenai pekerjaan keduanya ini, Anuar menambah, orang meninggal dunia tidak kira masa begitu juga waktu hendak mengambil jenazah dari hospital dan sebagainya. Setiap pemandu kereta jenazah mesti ada tahap kesabaran yang tinggi dan berani.
“Keadaan itu menyebabkan saya tidak boleh mematikan telefon bimbit dan berfungsi 24 jam. Ini kerana apabila berlaku kematian, saya menjadi orang pertama yang akan bergerak menjemput dan memaklumkan kepada mereka yang terlibat dalam urusan mandi dan kafan.
“Jika jenazah wanita saya akan panggil Kak Maimon dan kalau lelaki, Ustaz Omar Amadan,” jelasnya.
Sumber Utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.