MENJELANG penghujung tahun, kebanyakan tadika mengadakan majlis graduasi. Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak ketinggalan menghadiri acara berkenaan untuk menyaksikan persembahan dan graduasi putera puterinya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak-anaknya apabila berkongsi beberapa foto dan video sekitar majlis berkenaan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Puteri Sarah memaklumkan baru sahaja tiba dari Jakarta sebelum bergegas ke majlis tersebut.
“Dari Jakarta, baru touchdown terus pergi graduation abang dan adik. Penat tetapi demi anak-anak,” katanya.
Menerusi hantaran di Insta Story, beliau berkongsi video Syaikhul Islam mengimamkan solat berjemaah.
“Allahuakbar, Syaikhul Islam jadi imam untuk kawan-kawan dia yang lain. I am so proud of you abang,” titipnya pada video berkenaan.
Tidak hanya itu, Puteri Sarah turut menitipkan ucapan buat Syaikhul Islam dan Sumayyah yang telah melakukan yang terbaik pada sesi persekolahan tahun ini.
“Well done Syaikhul Islam and Sumayyah!!,” kongsinya.
Warga maya mengucapkan tahniah anak-anak Puteri Sarah dan mendoakan agar terus cemerlang pada masa hadapan.
– “Well doneee Abang and Nayyah. Welcome to primary school next year abang. May your potential be fully explored and the road ahead be filled with success and joy.”
– “Masya-ALLAH kedua-duanya, moga menjadi anak soleh dan solehah, aamiin.”
– “Alhamdulillah Syakhul dan Sumayah anak pintar. Jaga mama ya nak. Sayang selalu.”
– “Insya-ALLAH, semoga menjadi anak yang bijak, beriman, berakhlak mulia dengan penuh kasih sayang, aamiin.”
Syaikhul dan Sumayah adalah anak-anak hasil perkahwinan Puteri Sarah dan pengarah, Syamsul Yusof.
Mereka berkahwin pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada Jun 2023 selepas sembilan tahun berumah tangga.
Sumber SP
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.