CERITA individu albino sangat dekat dengan hati penulis. Mahu dipendekkan cerita, kehadiran Siti Fatini di sekolah menengah kami dipandang serong oleh majoriti pelajar.
‘Keistimewaannya‘ dianggap menjengkelkan. Kulit pucat, bulu mata dan bulu roma yang berwarna putih, bebola mata berwarna biru serta sering berkaca mata hitam walau di dalam kelas, membuatkan beliau dipulaukan.
Disebabkan empati penulis dan dua orang rakan baik agak tinggi, kami berkawan dengannya.
Hari demi hari, barulah kami mengetahui isi hati beliau yang telah hancur lumat.
Rupa-rupanya tidak mudah menjadi seorang albino. Terlalu banyak risiko penyakit yang perlu ditanggung dan ia terlalu berat untuk dipikul Siti Fatini seorang diri.
“Saya manusia dipilih-NYA jadi begini, saya reda. Namun, orang sekeliling memperlekehkan saya. Saya bukan makhluk asing, saya manusia unik.
“Orang juga fikir saya mengada-ngada hanya nak berlindung di bawah bumbung, tapi mereka tak tahu, walau sedikit pancaran matahari, sakitnya umpama anda sedang mencurah asid ke seluruh tubuh saya,“ kata Siti Fatini tatkala mencurah perasaan yang sudah terbuku sekian lama.
Berjumpa sekali lagi dengan insan albino di sebuah kedai sukan baru-baru ini mendorong penulis untuk menulis tentang masalah kesihatan berkenaan.
Kepada Pakar Oftamologi, Pantai Hospital Klang, Dr Mohamad Sharif Fahruddin, beberapa soalan signifikan diajukan.
Menurut Dr Mohamad Sharif, secara statistiknya, di Malaysia tiada data lengkap albinisme buat masa ini. Namun, di peringkat global, kadarnya mencecah satu dalam 17,000 orang.
Berdasarkan angka tersebut, secara matematiknya, Malaysia mempunyai 33 juta penduduk. Justeru, dianggarkan terdapat lebih kurang 2,000 individu albino di negara ini.
Ujarnya, individu yang berpotensi menghidap masalah kesihatan itu terdiri daripada mereka yang mempunyai mak ayah yang salah satunya menghidap albinisme.
Dalam keadaan lain, kedua-dua ibu bapa merupakan pembawa iaitu mempunyai genetik, tetapi tidak ketara sebagai manusia albino.
Itu sebab kadang-kadang kita melihat seorang anak kecil dengan albinisme, tetapi orang tua mereka terzahir seperti manusia normal lain, padahal mereka ialah pembawa gen.
“Namun demikian, golongan yang salah satu ibu bapa mereka menghidap albino mempunyai peluang tinggi untuk mewarisinya,“ kata beliau.
Sumber Sinar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.