“Kenapa la suri rumah ni asyik mengeluh letih” - Makan Tak Kenyang, Mandi Tak Basah. Wanita Ini Kongsi Cabaran Jadi Suri Rumah

 

KonfIik dan perdebatan yang tidak pernah habis apabila membincangkan isu suri rumah dan wanita bekerjaya. Kedua-duanya punya pandangan tersendiri namun hanya yang merasainya tahu hakikat.

Menurut perkongsian Fauziah Jamil, pertanyaan mengapa suri rumah sering mengeluh keletihan dirungkai berdasarkan 23 tahun pengalamannya menguruskan anak-anak sepenuh masa.

Ulasnya, detik bangun tidur sehingga lewat malam, tiada istilah rehat untuk ibu-ibu. Setiap masa dipenuhi dengan tugasan di rumah dan tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anak. Malah wajib bekerja 24 jam dan tujuh hari seminggu, 360 hari tanpa gaji dan tanpa cuti.

“Hari tu ada la saya terbaca satu hantaran kat media social ni. Adik tu tanya, kenapa la suri rumah ni asyik mengeluh letih, penat, lesu. Katanya mak dia orang bekerjaya. Kerja lebih kurang separuh hari macam tu. Balik kerja boleh buat semua kerja suri rumah.

23 tahun saya menjadi suri rumah dengan 5 orang anak.

Ini cerita saya.

Dia bukan sekadar buat kerja rumah dik. Saya ibu yang menyusukan anak paling lama 3 tahun, minima 1.5 years. Full breasfeeding. Boleh imagine tak? Kadang anak menangis sambil saya nak masak, sambil nak sidai baju… dukung sambil menyusukan anak.

Baru nak masuk tandas membuang, anak menjerit kat luar gendang pintu. Risau mak dia hilang. Tak aman dibuatnya.

Baru nak suap nasi dalam mulut, anak merengek nak kencing, berak. Berhenti. Settlekan diorang dulu. Nak makan pun kena laju-laju. Boleh jadi, terus tak lalu.

Nak solat, dah bentangkan sejadah seorang satu. Elok angkat takbir dia golek, meraung menangis sambil tarik telekung. Terbuka aurat. Batal solat. Tengokkan anak dulu. Dia dah tenang, baru sambung solat. Solat yang 5 minit jadi setengah jam.

Nak lipat baju, tunggu dia org lena. Kalau tak bleh buat gaduh. Dia pun tolong jugak. Tolong kirai yang dah berlipat.

Nak masak apa² atau  mendonut, satu dapur bertepung, berkecah.

Kita satu periuk, satu kuali, satu sudip, pisau dia pun nak yang sama jugak. Yang mainan tak mahu.

Masak yang sepatutnya 40 minit boleh jadi 2/3 jam. Nak berkemas pulak dapur yang berkecah tu. Anak menangis kita tengah pegang pisau, berhenti. Keluar pulak dari dapur. Takut!

Elok siap menyapu, mengemop….paling sekejap angkat baju, habis satu rumah ditabur bedak dan mainan. Ulang balik berkemas.

Hantar ambik anak-anak sekolah. Sekolah tadika, sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah menengah hantar mengaji. Kena on time. Berapa kali sehari mak-mak ni keluar masuk rumah. Mana yang ada anak kecik, kadang tinggal je si kecik yang tengah tido tu.

Makanan pulak kena siap sebelum anak-anak balik sekolah. Mak-mak yang naik motor berhujan berpanas, lagi kesian.

Nak beli garam sebungkus pun terpaksa angkut semua anak-anak.

Tengahari baru nak tarik nafas luruskan kaki, anak yang besar merengek pulak nak susu. Kena pulak jiran mesin rumput tengahari buta, bertukang tak berhenti. Boleh mental tau!

Malam, tengok kerja sekolah anak-anak pulak. Ajar mengaji, ajar membaca, ajar menulis. Tengok peralatan sekolah diorang. Menggosok baju depa dan baju kerja suami pulak. Kadang suami saya siapkan masa hujung minggu.

Allah. Penat dik. Kerja 24 jam 7 hari seminggu, 360 hari tanpa gaji, tanpa MC, tanpa cuti. Hari raya, hari cuti tetaplah bekerja.

Itu pun ada mak-mak  yang tak dapat nafkah setiap bulan. Sebab suami kena dulukan keluarga dia. Mengalah la mak-mak ni.

Kalau anak orang yang kita uruskan, hantar ambik sekolah, ajar mengaji, ajar membaca. Banyak boleh buat duit tau. Sungguh!

Jadi suri rumah penat mental kalau tak dapat sokongan dari suami dan keluarga.

Saya hampir 15 tahun sambil uruskan anak, sambil meniaga produk haji dan umrah. Alhamdulillah Allah izinkan. Saya gembira apa yang saya buat. Satu kepuasan!

Ini belum details tau dik. Nanti kau jadi suri rumah sepenuh masa tau la.

Dah senior macam akak ni la baru lapang sikit.

Perumpamaan mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena… Sesuai sangat dengan mak-mak suri rumah ni.

Selamat berjuang sahabat-sahabat suri rumah. Kalian wanita hebat! Syurga Firdaus la buat kalian.”

Kredit FB Fauziah Jamil

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post