PENYANYI Siti Nordiana sanggup bersumpah demi membuktikan dia tidak pernah menggunakan ilmu hitam bagi terus kekal bertanding menerusi program All Stars Gegar Vaganza (ASGV)
Memetik laporan daripada mStar, Siti Nordiana Alias, 39 atau mesra disapa Nana ini memberitahu tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu sepanjang hidupnya.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya guna ilmu hitam.
“Saya berani bersumpah yang memang tidak terdetik dalam diri saya untuk gunakan ilmu seperti didakwa,” katanya.
Nana mengulas tuduhan seorang individu menerusi hantaran di laman sosial X yang mendakwa penyanyi itu telah menggunakan ilmu hitam untuk memastikan kedudukannya kekal di dalam ASGV.
Sementara itu, Nana turut menganggap bahawa tuduhan tersebut tidak berasas dan menuntut agar individu itu mengemukakan bukti.
Pelantun lagu ‘Memori Berkasih’ itu juga kecewa dan kesal apabila difitnah selain tertanya-tanya apa kesalahan sudah dilakukan sehingga ada yang tergamak menuduhnya.
“Nana tengok sekarang ini semakin berleluasa orang tulis dekat media sosial benda tidak betul fasal diri Nana. Bagi Nana, benda ini perlu dihentikan.
“Nana pelik, sedih dan kecewa… Kalau dia ada bukti, sila tunjukkan. Kalau tiada bukti, tiada guna. Itu sudah jatuh fitnah!
“Nana rasa tuduhan guna ilmu hitam tak logik sebab dalam ASGV Nana berada di kedudukan bawah, tiada pun dapat tiga teratas.” katanya.
Tambah Nana lagi, dia memaafkan tuduhan dibuat individu berkenaan namun menggesa supaya ciapan yang dibuat dihapuskan dengan segera.
Ujarnya, jika individu itu berdegil dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.
“Nana maafkan dia sebab kita faham dalam keadaan sekarang mungkin dia ada masalah sendiri. Mungkin dia haters Nana… Namun syaratnya, padam semua hantaran yang dia buat!
“Tindakan undang-undang juga akan diambil sekiranya dia berlebihan seperti melibatkan keluarga dan sebagainya. Jadi saya harap, individu tersebut dapat padam fitnah yang dilontarkan itu,” jelasnya.
Sumber URTV
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.