Keluarga Pelik Mangsa Scammer M4ti Di Myanmar Akibat Sakit Jantung

 

Keluarga Allahyarham Muhammad Izzat Abdul Wahab, 28, yang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan imigresen di Myanmar mahu allahyarham mendapat keadilan sewajarnya.

Abang mangsa Muhamad Hasmanizam Abdul Wahab,45, berkata, bagaimanapun pada masa ini tumpuan diberikan terlebih dahulu kepada usaha menguruskan jenazah allahyarham.

“Jumaat ini kita ke sana (Myanmar) itu jadi matlamat awal (urusan jenazah) yang keadilan itu nanti kita akan ‘further action’ sebab dia mati dalam tahanan.

“Hendak cakap sekarang pun belum buat bedah siasat pasal waris tidak sampai lagi sebab untuk bedah siasat kena ada persetujuan waris,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihak keluarga pelik dengan keputusan perubatan dari Myanmar yang menyatakan mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.

Katanya, ini kerana mangsa yang berusia 28 tahun tidak pernah mengalami serangan jantung dan tidak mempunyai rekod penyakit berkenaan di negara ini.

“Dia seorang kuat bekerja, mesin rumput, angkat barang, kerja Food Panda semua dia buat,”katanya.

Dalam pada itu menceritakan mengenai kejadian itu Hasmanizam berkata, allahyarham tidak memberitahu kepada ahli keluarga mengenai pemergiannya ke luar negara.

Dia memberitahu berdasarkan rekod adiknya pergi ke Bangkok, Thailand pada 7 Oktober lalu.

Difahamkan, allahyarham yang berasal dari Tanjung Lumpur Kuantan menaiki penerbangan ke Bangkok, Thailand sebelum sindiket menculiknya dan membawa mangsa ke Myanmar melalui jalan darat.

Mangsa kemudiannya dikatakan diselamatkan wakil Pertubuhan Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Azirul Syafiq Sazali di sebuah hotel di Myanmar.

Allahyarham Muhamad Izzat yang berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia melalui sindiket pekerjaan palsu itu kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dalam tahanan Imigresen di Pusat Imigresen Tachileik di Myanmar pada 14 Oktober lalu.

Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki berusia empat dan enam tahun.

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post