Air Yang Menyembuhkan Penyakit. Apabila Dibacakan Doa, Molekulnya Berubah Cantik Berkilauan

 

Dalam Islam, air menjadi satu elemen yang digunakan untuk mengubati penyakit. Bukan sekadar penyakit rohaniah, tetapi air juga digunakan untuk menjadi penawar kepada penyakit jasmaniah.

Di kalangan masyarakat Melayu khususnya, penggunaan air jampi menjadi satu alternatif terapi merawat penyakit di samping mendapatkan rawatan doktor. Air putih akan dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran oleh seseorang yang berilmu atau alim, serta diniatkan untuk merawat penyakit tertentu. Kaedah rawatannya ialah sama ada minum, menyapu muka, renjis di tempat yang sakit atau dimandikan dengan air jampi tersebut.

Bagi memastikan proses pengubatan berjalan dengan lancar dan sempurna, ada sesetengah pihak menyarankan supaya menggunakan air yang diambil dari kolah masjid untuk dijampi yang dianggap mempunyai lebih keberkatan.

Salah satu masjid yang popular didatangi orang ramai untuk tujuan ini ialah masjid Kampung Hulu di Melaka. Ramai percaya bahawa air kolah masjid ini mujarab untuk dijadikan sebagai penawar penyakit. Kerana itu sejak dahulu, masjid ini sentiasa dikunjungi orang ramai untuk mengambil air kolahnya bagi dijadikan penawar. Bukan sekadar anak tempatan Melaka, malah air kolah ini turut menjadi tumpuan orang-orang di seluruh pelosok semenanjung Malaysia serta Singapura.

Kebanyakan yang datang membawa beberapa botol kosong untuk diisi dengan air kolah tersebut. Malah, anak-anak kecil sering kali dilihat dimandikan terus oleh ibu bapa masing-masing di tepian kolah itu.

Air di masjid ini bukan saja diambil oleh golongan kebanyakan, tetapi juga oleh orang-orang profesional. Malah, ada ketikanya doktor sendiri juga mencari penawar dengan cara sebegini. Keistimewaan air masjid yang dibina pada tahun 1720 ini juga dilihat menembusi sempadan antara agama apabila orang bukan Islam juga turut mengambil air ini untuk merawat penyakit.

Sebenarnya, rawatan menggunakan air bukanlah sesuatu yang khurafat, sebaliknya ia adalah syariat yang telah diperturunkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Semasa hayat baginda, Rasulullah sering menggunakan air lebihan wuduk untuk merawat penyakit seperti sihir dan demam, sama ada kepada diri baginda sendiri ataupun sahabat-sahabatnya. Kaedah itulah yang menjadi ikutan oleh masyarakat Islam sehingga kini.

Dua pertiga daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Malah, asal kehidupan manusia juga bermula dengan air. Perkara tersebut telah diterangkan oleh Allah dalam surah Al-Anbiya’, ayat 30. Disebabkan itulah unsur air juga diperlukan sebagai penawar untuk menyembuhkan penyakit.

Bagaimana perkara ini dilihat daripada sudut sains?

Kaedah rawatan menggunakan air sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh manusia. Bukan saja di kalangan umat Islam, malah kaedah yang sama juga turut digunakan oleh dukun atau tabib di kalangan bukan Islam.

Kajian sains moden terhadap air yang dijampi sedikit sebanyak telah menunjukkan bahawa air juga boleh dijadikan sebagai penawar untuk melegakan sesuatu penyakit.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto, seorang saintis Jepun yang telah menulis jurnal bertajuk ‘The True Power of Water’, beliau menyatakan bahawa air boleh ‘mendengar’ kata-kata, ‘membaca’ tulisan serta ‘merekod’ ucapan seperti pita magnetik atau cakera padat.

Dalam kajian itu Dr. Emoto mendedahkan, apabila air didedahkan kepada bunyi-bunyian yang baik seperti bacaan doa, molekul air akan berubah bentuk menjadi cantik dan berseri. Molekul tersebut akan membentuk kristal bersegi enam dengan lima cabang dedaun yang berkilauan.

Bagaimanapun, jika air didedahkan kepada struktur bunyi yang bingit seperti muzik heavy metal, molekul air didapati tidak tersusun dan pecah. Molekul air tersebut seperti tidak mempunyai rantaian, malah bentuk molekulnya menjadi lebih teruk daripada sebelumnya.

Dalam jurnal itu juga Dr. Emoto ada menyatakan bahawa, semakin kuat bunyi yang didedahkan, semakin jelas kondisi molekul air yang terbentuk. Berdasarkan kajian tersebut, secara logiknya air yang mempunyai struktur molekul yang cantik sudah pasti akan memberi kesan kebaikan kepada si peminumnya. Begitulah juga sebaliknya.

Sumber Utusan TV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post