Jakel Dan Ariani Sumbang RM3.5 Juta. Bantu Ringankan Beban Rakyat Gaza

 

Kumpulan Jakel, Jakel Tekstil menghulurkan sumbangan berjumlah RM300,000 manakala jenama tudung Ariani menambah RM200,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM500,000 kepada Tabung Viva Palestina, Malaysia.

Dalam suatu usaha kolektif melalui Kerajaan Malaysia, Kumpulan Jakel turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz bin Mohamed Jakel, inisiatif ini adalah satu pernyataan kebersamaan dan solidariti Kumpulan Jakel untuk rakyat Gaza.

“Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan kami kepada usaha kemanusiaan di Palestin tetapi juga berfungsi sebagai peringatan mendalam bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tetap kukuh dan tidak berbelah bagi.”

Dalam menghadapi tragedi tersebut, situasi di Gaza telah mengundang perhatian antarabangsa. Banyak negara telah tampil untuk membantu rakyat Palestin yang menghadapi kesukaran bekalan asas seperti air, elektrik, makanan dan perubatan.

Sumber Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post