Hati ibu bapa mana yang tidak luluh apabila bayi yang ditinggalkan sihat dan ceria kepada pengasuh diambil dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Qaseh Aulia Faizul berusia dua bulan meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara di sini, pada Selasa lalu, selepas mengalami sesak nafas.
Menceritakan kejadian, bapa saudara bayi itu, Hafizi Rosli, 30, berkata, kakaknya, Maisarah Rosli dan suaminya, Faizul Ali Adam menghantar anak kedua mereka ke taska pada awal pagi sebelum ke tempat kerja.
Menurutnya, pada 11 pagi, abang ipar menerima panggilan telefon daripada pemilik taska memberitahu Aulia tidak sedarkan diri dengan muka kebiruan dan sudah dibawa ke klinik.
"Abang ipar meminta pemilik taska segera menghantar anaknya ke hospital swasta di Kota Damansara sebelum dia dan kakak bergegas ke hospital itu.
"Bagaimanapun, sebaik tiba mereka terkejut apabila diberitahu Aulia disahkan meninggal dunia dan mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat," katanya.
Hafizi berkata, dia yang mengetahui kejadian daripada kakaknya turut terkejut ditambah pula pasangan itu yang melihat sekujur tubuh bayi mereka terbaring atas katil.
Katanya, lebih menyayat hati apabila mereka melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) taska berkenaan yang menunjukkan Aulia ditinggalkan dalam keadaan tertiarap tanpa pengawasan selama satu jam.
"Dengan keadaan dibedung, pastinya Aulia tidak selesa dan mungkin menjadi punca sukar bernafas. Aulia dilihat berusaha untuk menggerakkan kepala selama kira-kira 10 minit.
"Namun selepas itu dilihat pergerakannya sangat minimum dan akhirnya tiada lagi pergerakan dan kami mengandaikan pada ketika itu, Aulia tidak lagi bernyawa," katanya.
Katanya, setakat ini punca kematian Aulia masih belum diperoleh dan keluarga masih menunggu laporan bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, polis menahan pengasuh wanita berusia 40-an terbabit untuk dirakam keterangan dan dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan bedah siasat.
Sumber HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.