“Aku Kuat Tapi Aku Sudah Penat” - Ibu Muda Pilih Jalan Sukar Temui Tuhan, Tinggalkan Nota Akhir

 

Ibu muda pilih jalan sukar temui Tuhan,  tinggalkan nota akhir “aku kuat tapi aku sudah penat”.

Tiada siapa manusia terlepas dari ujian kehidupan. Besar atau kecilnya ujian itu ia adalah tanda keimanan seseorang.

Ibu Muda Pilih Jalan Sukar Temui Tuhan

Tindakan seorang ibu muda, dikenali sebagai Lilan, 21 tahun yang mengambil jalan sukar pulang menemui Allah tular di media sosial.

Ibu kepada seorang anak ini nekad menggantung dirinya menggunakan tali buaian anaknya sebelum hal ini disedari oleh suaminya yang mendengar bunyi tangisan anak kecil mereka dari dalam bilik. Sebaik pergi melihat, isterinya kelihatan sudah tergantung.

Namun di sebalik dirinya memilih jalan pulang sukar menemui Allah, apa yang membuatkan kisahnya menjadi viral di media sosial khsusnya negara Indonesia, ibu berasal dari desa Bulidje, daerah Kota Barat, Gorontalo yang diduga mengalami depresi kerana ditipu oleh pinjaman online.


Tinggalkan Nota Akhir “Aku Kuat Tapi Aku Sudah Penat”

Masa yang sama, beberapa jam sebelum mengakhiri nyawanya, dia dilihat sempat membuat video dalam keadaan menangis memberitahu dirinya kuat tapi sudah terlalu penat.

“Aku kuat tapi aku capek” tulisnya.

Dia yang bekerja di sebuah pasaraya dikatakan berusaha meminjam Rp15 juta atau lebih kurang RM4600 melalui pinjaman online. Namun sebelum pinjaman diberikan, pihak peminjam memintanya membayar deposit kira-kira Rp2.7 juta sebelum pinjaman boleh diberikan.

Lilan ternyata mengambil  tersilap percaturan kerana telah memberikan wang deposit itu sebelum peminjam online itu menghilangkan diri selepas menerima duitnya.

Namun selepas Lilan menyedari dirinya ditipu, dia berusaha meminjam dari kawan kerana wang Rp2.7 juta itu adalah milik pasaraya tempatnya bekerja namun kawannya mengatakan tak ada wang.

Mungkin inilah antara sebab selepas melihat tiada jalan lagi untuk dirinya mengembalikan wang ambilnya, ibu muda ini memilih jalan pulang sukar.

Ramai netizen melihat tindakanya ini berasa simpati kerana nilainya bukan terlalu banyak hingga dia perlu mengambil tindakan sebegitu. Dan tak hairanlah kisahnya menjadi tumpuan ramai yang bersimpati dengan nasib dilaluinya.


Apa yang membuat semakin ramai sebak, suaminya, Yudin Mahmud yang dalam keadaan terperanjat dengan ujian ini dilihat mencium anak tunggal mereka ketika ramai mengiringi jenazah isterinya untuk dikebumikan.

Biar nampak seperti salah di mata kita tindakan ini namun itu antara dirinya dan Allah taala. Berdoalah agar pengakhiran kita kelak husnul khotimah.

Sumber Wanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post