Pujukan Berhasil, Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Untuk Ibu Dan Bapa

 

PELAKON Wawa Zainal akui mengambil masa yang agak lama untuk memujuk dan menyakinkan ibunya untuk berpindah ke Kuala Lumpur.

Ujar Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin,31, sebaik sahaja orang tuanya menyatakan persetujuan untuk tidak tinggal di Sabah, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu membuat keputusan untuk membelikan sebuah rumah di ibu kota.

“Lama pujuk mak duduk Semenanjung. Akhirnya, dia (mak) setuju dan Wawa putuskan untuk belikan rumah untuk mak dan bapak.

“Mula-mula nak beli dua tingkat, tapi bila fikir mereka duduk berdua dan sudah berusia untuk naik turun tangga. Jadi Wawa cari rumah setingkat.

“Bila tengok keadaan rumah yang dibeli ini agak lama, telan air liur juga. Fikir macam mana nak bagi lawa balik,” tulis Wawa dalam perkongsiannya di Instagram.


Menerusi hantaran tersebut, Wawa memuat naik video berdurasi satu minit 41 saat itu keadaan rumah sebelum dibaik pulih dan selepas diubah suai menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman.

Ibu Wawa dilihat mengalirkan air mata terharu dengan hadiah yang diberikan oleh anaknya.

Malah, bapa Wawa turut mendoakan agar puteri kesayangannya itu dimurahkan rezeki.

“Kepada mak ku sayang yang melahirkan Wawa ke dunia. Walaupun Wawa tidak membesar dengan mak. Mak kena tahu Wawa sayang dengan mak dan bapak dunia akhirat,” katanya.

Sumber URTV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post