Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida tampil membantu pempengaruh, Sajat Kamaruzzaman untuk menyediakan keperluan kerusi roda buat bapanya yang sedang sakit.
Perkara itu telah dikongsikan oleh Aliff menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.
Terdahulu, Sajat meluahkan rasa sebaknya selepas mendapat tahu ayahnya sedang sakit dan ingin menyediakan kerusi roda buatnya.
Menyedari perkara itu, Aliff menyatakan dia telah membuat panggilan video bersama Sajat yang kini berada di Australia untuk memilih kerusi roda.
“Masa ni sy buat video call suruh Sajat pilih sendiri kusi roda bapa dia. Dia happy sangat sampai menitis air mata dia sebab happy,” tulisnya.
Menurut Aliff, dia sebagai sahabat baik pempengaruh itu akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya yang kini jauh dari keluarga.
Malah, usahawan itu sempat meluahkan rasa rindu akan keakraban mereka sebelum Sajat berpindah ke Australia.
“Apa pun terjadi awak tetap sahabat saya @nursajatkamaruzzaman saya doakan yang terbaik untuk awak.. rindu masa dulu-dulu awak jadi jiran saya.. rindu dengan zaman-zaman dulu-dulu.. bila awak boleh balik sini,” katanya.
Sajat turut menzahirkan ucapan terima kasih dan terharu atas budi baik pasangan usahawan itu di Instagram Story.
Bukan itu sahaja, Sajat turut menghargai jasa baik pengikutnya yang ingin cuba membantunya.
Sumber xtra
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.