Terjumpa Kereta Waja 'legend' Milik Tokti Ketika Menang ABPBH Tahun 2001, Tak Sangka Masih Digunakan Sampai Sekarang

 

Siapa sangka kereta Waja yang dimenangi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika Anugerah Bintang  Popular Berita Harian (ABPBH) 2001, masih lagi wujud dan digunakan sehingga sekarang.

Difahamkan, kereta Proton Waja bernombor plat ABP 2001 itu dijaga dengan baik oleh abang Tokti. 


Namun baru-baru ini netizen memberitahu bahawa kini adiknya iaitu Siti Saerah yang menggunakan kereta tersebut.

“Ada nampak kereta ni dekat Muar. Adik dia pakai,” komen netizen.

Kereta itu merupakan pertama kali pihak penganjur memberikan sebuah kereta kepada pemenang anugerah tersebut.

Kebanyakan peminat meminta penyanyi popular itu mempamerkan kereta Waja miliknya di galeri buat tatapan peminat setelah Siti sebelum ini ada meluahkan hasrat untuk membangunkan galeri sendiri di masa hadapan.

Sumber MD

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post