Seolah-olah terdengar seperti jeritan hingga menyebabkan sakit kepala antara pengalaman seram dilalui seorang pakar forensik sewaktu melakukan kerja bedah siasat melibatkan tulang manusia
Pensyarah dan Pakar Perunding Forensik, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Prof. Dr. Faridah Mohd. Nor berkata, kejadian itu berlaku sewaktu beliau sedang menuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di United Kingdom (UK).
Menurutnya, beliau melakukan kerja memotong tulang tersebut yang dihantar dari Malaysia dipercayai milik seorang individu warganegara Indonesia.
“Tapi apabila potong tulang manusia, rasa seperti jeritan dan menyebabkan sakit kepala. Rupanya tulang itu warganegara Indonesia, saya rasa dia ‘menyimpanlah’ (sesuatu),” katanya sewaktu bual bicara ‘Kenali Dunia Forensik’ sempena Hari Bersama Media HCTM di sini, hari ini.
Dr. Faridah berkata, pengalaman seram lain yang pernah dilaluinya apabila tulang yang hendak dipotong itu ‘terbang’ secara tiba-tiba.
Ujarnya, lama kelamaan beliau menyifatkan kejadian seperti sebagai ‘alah bisa tegal biasa’ ditambah lagi apabila perlu melakukan bedah siasat terhadap pelbagai bentuk dan rupa mayat.
“Kita katalah ‘nak tolong ni, sila beri bantuan supaya tak terganggu dengan keadaan maggot (ulat berenga)’,” katanya berhubung pantang larang ketika bedah siasat.
Sumber Kosmo
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.