“Tak Boleh Bayang Lenguh Tangan Mak Dia Dukung Baby” - 5 Beranak Dari Temerloh Ke Terengganu Hanya Naik Motor

 

Hakikat sebenar hari ini, harga barangan semakin naik. Malah ramai yang terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kehidupan. Jika kita rasakan diri susah rupanya ada lagi yang lebih susah dari kita.

Allahu, tak dapat bayangkan bagaimana seorang ibu mendukung bayinya menaiki motorsikal dari Temerloh menuju ke Terengganu demi mencari rezeki.

Menerusi perkongsian saudara Syahmi Sarif menerusi akaun Facebooknya, menceritakan tentang sepasang suami isteri bersama tiga anak kecil mereka mengharungi perjalanan sejauh lebih 200 kilometer dengan hanya menunggang motosikal.

Ketika itu Syahmi menerusi perkongsiannya menerangkan secara kebetulan terserempak dengan lima beranak berkenaan ketika melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“Selama saya naik highway ulang-alik Ajil ke AMBS setiap hari, banyak kali dah tengok motor rosak, kereta rosak.

“TAPI KALI INI PERTAMA KALI SAYA JUMPA ORANG BAWA MOTOR LIMA BERANAK DENGAN BABY LAGI. SAYA BERHENTI TANYA, DARI MANA. DIA BERITAHU DARI TEMERLOH, DATANG TERENGGANU SEBAB NAK PERGI TEMPAT KERJA.

“Terkejut saya, dari Temerloh dengan anak-anak lagi. Tak boleh bayang lenguh tangan mak dia dukung baby atas motor,” terang Syahmi yang tidak sampai hati melihat keluarga tersebut.

Menurut pemuda itu lagi dia menawarkan diri untuk membantu dengan mahu menumpangkan dua anak mereka menaiki motosikal bersamanya. Namun mereka menolak pelawaan daripada Syahmi.

“Tak Boleh Bayang Lenguh Tangan Mak Dia Dukung Baby” 5 Beranak Dari Temerloh Ke Terengganu Naik Motor

“Tak Boleh Bayang Lenguh Tangan Mak Dia Dukung Baby” 5 Beranak Dari Temerloh Ke Terengganu Naik Motor

Nak Tolong Bawa Anak Mereka

“SAYA KEJAR LEPAS TU BERHENTI PULA DI DEPAN DIA. TANYA DIA OKAY TAK? TAWAR SEKALI LAGI NAK TOLONG BAWA ANAK DIA.

“SEKALI LAGI DIA SENYUM SAMBIL KATA ‘TAKPE BANG… TAKPE BANG’. LEPASTU MEREKA BERLALU. DENGAN TENGAH HUJAN LAGI, DENGAN LORI-LORI BESAR LALU.

“Saya tak sedap duduk rasanya. Saya follow motor dia daripada belakang takut jadi apa-apa. Sambil follow, teringat pula macam mana susah payah mak ayah saya jaga saya dulu-dulu,”

“Allahuakbar… dalam kita duk mengeluh, Dia jentik menerusi (kisah) ini. Terus datang rasa bersyukur.

“Saya doakan anak-anak abang motor ni jadi anak soleh solehah, jaga mak ayah elok-elok apabila besar nanti.

“Posting ini sebab mahu mohon anda semua doakan keluarga abang ni semoga dipermudahkan urusan,” kongsinya lagi.

“Tak Boleh Bayang Lenguh Tangan Mak Dia Dukung Baby” 5 Beranak Dari Temerloh Ke Terengganu Naik Motor

“Semoga Dipermudahkan Urusan Abang Sekeluarga”

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar keluarga abang tersebut dipermudahkan dalam mencari rezeki.

“Tak Boleh Bayang Lenguh Tangan Mak Dia Dukung Baby” 5 Beranak Dari Temerloh Ke Terengganu Naik Motor “Tak Boleh Bayang Lenguh Tangan Mak Dia Dukung Baby” 5 Beranak Dari Temerloh Ke Terengganu Naik Motor

Mingguan Wanita: Allahu gigihnya abang tersebut dalam mencari rezeki. Apapun MW juga mendoakan segalanya dipermudahkan buat mereka sekeluarga.

Sumber  Facebook Syahmi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post