“Sikit Lagi Saya Nak Sampai Rumah” - Perjalanan Getir Dari Offshore Ke Kampung, Pelaut Reda Ibu Pergi Dulu Tak Tunggu Kepulangan

 

RINDU yang tiada kesudahan dirasai seorang anak sehingga kini apabila tidak dapat berjumpa ibunya saat menghembuskan nafas terakhir.

Mohamad Hilmi Mohamad, 26, berkata ibunya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sewaktu dia berada di Jepun ketika bekerja di luar pesisir (offshore) tahun lalu.

Mohamad Hilmi berkata perkhabaran duka mengenai kemalangan ibu diketahui olehnya sewaktu berada di atas kapal untuk berlayar ke Gladstone, Australia.

“Masa dapat tahu ibu saya kemalangan saya baru dua hari keluar dari Jepun. Ambil masa dua minggu juga untuk sampai ke Australia. Nak tak nak kena tunggu.

“Setiap hari saya doa minta Allah panjangkan umur mak. Ye la dia satu-satunya ibu yang saya ada. Masa ni tak payah cakaplah memang tak fokus kerja.

“Hari-hari saya ambil angin sorang-sorang dekat luar kapal. Apa dalam kepala otak saya, nak balik je. Hari-hari saya doa minta agar ada rezeki lagi jumpa dia,” katanya.

Namun, ibunya, Surahat Dollah hanya bertahan 11 hari selepas koma disebabkan mengalami banyak luka dalaman selepas terbabit kemalangan di Terengganu pada 14 Mei tahun lalu.

Sebaik mendapat perkhabaran itu, anak kelima daripada tujuh adik beradik ini terus berikhtiar untuk pulang ke Kota Bharu, Kelantan dengan membeli tiket penerbangan yang dijadualkan pada 27 Mei 2022.

Bagaimanapun, ternyata hajat untuk bertemu ibu tidak kesampaian apabila insan kesayangannya itu meninggal dunia pada 25 Mei.

“Masa tu tiket kapal terbang dah dapat dan saya pun dah nak sampai port (pelabuhan). Memang tak sabar nak balik jumpa mak.

“Tapi pada ‘hari keramat’ tu saya dapat mesej di WhatsApp beritahu mak saya dah tak ada. Saya tak sempat juga jumpa dia buat kali terakhir. Sikit lagi saya nak sampai rumah.

“Malam tu hanya mampu buat tahlil dengan rakan sekerja atas kapal. Macam tak percaya mak dah tak ada. Tapi itulah realiti. Seumur hidup... bacaan surah Yassin kali ni paling buat saya terasa sedih dan sayu,” katanya lagi.

Rasa macam tak percaya mak dah tak ada. Kosong je rasa rumah.

MOHAMAD HILMI

Luah Hilmi, sewaktu tiba di kampung, dia seolah-olah masih tidak percaya ibunya sudah tiada lagi untuk menyambut kepulangannya seperti selalu.

Kepulangannya ke rumah pada malam itu cukup berbeza apabila diiringi dengan bacaan tahlil pada hari keempat selepas pemergian ibu.

Imbas Hilmi, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah adalah pada 20 Januari 2022 sebelum belayar untuk meneruskan kerjanya sebagai pelaut.

“Sampai je dekat rumah di kampung saya pergi terus ke kubur. Masa ni belum rasa apa-apa sebab orang ramai dekat rumah.

“Tapi bila semua orang dah balik dah rumah mula rasa kosong. Tinggallah kami anak beranak yang lain. Masing-masing pura-pura kuat je.

“Rasa macam tak percaya mak dah tak ada. Kosong je rasa rumah. Sampai sekarang saya masih rindukan mak. Terkilan rasanya tak sempat kucup dahi, belai ibu sebelum dia meninggal,” ujarnya lagi.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post