“Seorang bintang rock terkenal akan menemui ajaInya tidak lama lagi" - Kisah Ramalan Tentang Kem4tian John Lennon

 

Pada 8 September 1980, Alex Tanous, seorang pakar psikik Amerika Syarikat telah ditemubual oleh Lee Speigel untuk siaran radio NBC. Temuramah untuk rancangan Unexplained Phenomena itu diadakan di pejabat Persatuan Penyelidikan Psikik Amerika di New York City.

Dalam rancangan itu, Speigel meminta Tonous membuat satu ramalan dan ianya haruslah sesuatu yang mudah menarik perhatian pendengar rancangan tersebut yang rata-ratanya adalah peminat muzik rock daripada golongan berusia antara 18 hingga 35 tahun. 

“Seorang bintang rock terkenal akan menemui ajalnya tidak lama lagi. Ia akan berlaku bila-bila masa daripada sekarang. Kematiannya akan memberi kesan yang mendalam kepada ramai orang kerana kemasyhurannya,” ramal Tonous.

Semasa membuat ramalan itu, Tonous merenung ke arah sebuah bangunan mewah yang terletak bertentangan dengan pejabatnya.

Tanpa menyatakan nama, Tonous hanya memberi gambaran bintang rock itu menetap di Amerika namun bukan dilahirkan di negara itu. Tiada siapa dapat meneka bintang rock yang diramal Tonous.

Tiga bulan selepas temubual itu disiarkan, dunia dikejutkan dengan berita kematian John Lennon. Bintang rock, pemuzik yang juga anggota kumpulan The Beattles itu ditembak dari jarak dekat di depan pintu masuk tempat tinggalnya, Apartment Dakota, iaitu bangunan mewah yang direnung Tonous semasa membuat ramalan tersebut.

Lennon yang berusia 40 tahun ditembak mati pada malam 8 Disember 1980. Penembaknya ialah Mark David Chapman, seorang penganggur. Mark melepaskan lima das tembakan terhadap Lennon, empat daripadanya mengenai tubuh Lennon.

Selepas menembak Lennon, Mark terus berada di situ sambil membaca novel karya JD Salinger berjudul The Catcher di Rye sehinggalah polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya. Mark dijatuhi hukuman 20 tahun hingga seumur hidup penjara di atas pembunuhan yang dilakukannya.

Pembunuh John Lennon.
Apartment di mana John Lennon tinggal dan juga lokasi dia ditembak.
Sumber Infiniti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post