“Selagi tiada kenyataan daripada mulut saya sendiri...jangan buat spekulasi” - Adira Suhaimi Nafi Hubungan Retak

 

GARA-GARA jarang memuat naik foto bersama di media sosial, penyanyi Adira Suhaimi didakwa sedang berdepan masalah rumah tangga dengan suaminya, Datuk Red.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, berkata dakwaan tersebut tidak benar dan sebagai seorang selebriti dia juga sudah terbiasa dengan isu sebegini.

“Saya tiada komen tentang apa yang anda dengar itu selagi tiada kenyataan daripada mulut saya sendiri. Jangan buat spekulasi. Orang luar boleh cakap macam-macam. Nak kata rimas pun tak boleh sebab memang lumrah sebagai selebriti semua perkara orang nak ambil tahu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adira turut berkongsi fokusnya kini hanya tertumpu kepada tumbesaran empat anak-anakhya bersama suami dan tidak mahu melayan perkara diperkatakan orang lain mengenainya.

Pelantun lagu ‘Milik Kita’ itu, dia kini sedang sibuk untuk pertandingan nyanyian Famili Duo musim ketiga bersama adik perempuannya iaitu Emma Suhaimi.



Terdahalu, Adira bernikah dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand dan kini dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayub, tujuh bulan.

Sumber URTV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post