Restoran Berdepan Tuntutan Saman Selepas Pengurus Paksa Pekerja Muslim TanggaI Tudung

 

SEBUAH restoran Mexico, Chipotle menghadapi tuntutan mahkamah yang difailkan oleh agensi persekutuan bagi pihak seorang bekas pekerja premis itu atas tuduhan bahawa sebuah cawangannya melakukan gangguan agama.

Tuntutan telah difailkan oleh Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama (EEOC) bagi pihak Areej Saifan, seorang wanita Islam yang bekerja di sebuah cawangan Chipotle di Lenexa, Kansas.

Penolong pengurus cawangan restoran itu didakwa memaksa Saifan, yang berusia 19 tahun, menanggalkan tudung berkali-kali pada 2021.

Saman itu menyatakan bahawa pada 2021, seorang penolong pengurus cawangan Chipotle di Lenexa berulang kali mengganggu pekerjanya dengan meminta gadis Muslim berkenaan mendedahkan rambut walaupun dia berulang kali menolak melakukan perbuatan tersebut.

Keadaan menjadi semakin buruk selama beberapa minggu, malah penolong pengurus tersebut secara fizikal menyambar dan menarik tudung gadis tersebut.

"Kami mempunyai dasar toleransi sifar untuk sebarang bentuk diskriminasi dan kami telah menamatkan pekerja berkenaan," kata Laurie Schalow, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat untuk Chipotle. 

Sumber CNN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post