MUSIM panas ditambah dengan fenomena jerebu yang sedang melanda negara ketika ini akan buatkan kita rasa tak selesa.
Lebih-lebih lagi kalau waktu malam ketika nak tidur. Haba panas di dalam bilik yang mengewap boleh menyebabkan lena terganggu.
Untuk mengatasi situasi itu, pendingin hawalah menjadi penyelamat.
Namun, untuk memastikan alatan tersebut sentiasa terpelihara, penyelenggaraan yang betul perlu dilakukan.
Baru-baru ini, Acson Malaysia (Acson) tampil berkongsikan informasi berguna tentang penghawa dingin untuk rujukan para pengguna.
Jurutera Kanan Perkhidmatan Acson, Gan Wen Wei berkata, perkara yang perlu diberi keutamaan adalah dengan memastikan pembersihan penapis dilaksanakan setiap bulan.
“Pembersihan unit dalam juga perlu diambil kira iaitu sekurang-kurangnya dua bulan sekali. Jika tak yakin nak buat sendiri, boleh cari juruteknik atau pakar untuk membantu,” katanya dalam satu ceramah sempena Majlis Pelancaran LBS Perks and Plusses di galeri jualan KITA @Cybersouth, Dengkil, Selangor anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) baru-baru ini.
Wen Wei menambah, pembersihan yang kerap dapat memanjangkan jangka hayat alatan tersebut, sekali gus menjimatkan tenaga elektrik.
“Selain itu, cucian kimia juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk membunuh bakteria, virus dan kulat yang boleh mengakibatkan alahan, resdung serta asma.
“Jangan lupa part unit luar pun kena cuci. Ini bagi mengelakkan kotoran tersumbat akibat daun atau pasir,” ujarnya.
Berikut beberapa masalah yang mungkin timbul jika kita memandang remeh hal penjagaan aircond. Antaranya:
i) Pendingin hawa kurang sejuk.
ii) Bil elektrik setiap bulan akan meningkat.
iii) Saluran paip akan tersumbat dengan kotoran dan menyebabkan air menitis ke dalam rumah.
iv) Jangka hayat compressor dan motor tidak bertahan lama.
v) Cepat rosak dan kadangkala tidak boleh digunakan lagi.
Sumber SP
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.