PELAKON yang pernah dikenali dengan imej seksi, Zila Bakarin kini lalui kehidupan lebih tenang dan selamat selepas mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik sejak 2020.
Berkongsi tentang penghijrahannya menerusi video di TikTok, Zila berkata dirinya terdetik untuk menutup aurat sepenuhnya selepas berlaku satu kejadian ketika mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah.
“Saya rasa sekarang ini, saya rasa lagi tenang, rasa macam ‘kenapa aku tak macam ini dulu’. Saya rasa lebih selamat, kejadian itu pada hari yang esoknya nak ambil anak sekolah.
“Saya ini terkenal dengan pakaian saya dulu, dengan rambut. Tak pernah ada dalam almari itu pakaian bertutup, demi ALLAH. Sehinggakan esok nak ambil anak sekolah, saya rasa keluar tak ada seurat benang pun.
“Saya rasa macam ‘eh aku pakai baju ini kenapa macam sejuk saja, macam takut je’, betul, saya takut, rasa macam tak selamat. Keluar masuk rumah rasa gelisah, saya ambil tudung dan pakai, baru rasa selamat,” ujarnya.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Rosmawati Bakarin itu turut mengakui perubahan itu berlaku secara spontan dan bukan paksaan daripada diri sendiri atau mana-mana pihak.
“Ibaratnya saya hari ini adalah Zila Bakarin dulu. Esoknya itu saya ambil tudung dan pakai, pelik kan, sebenarnya saya pun tak tahu. Benda itu tiba-tiba saja berlaku.
“Benda itu berlaku dengan saya tak terfikir pun tentang lepas ini tak ada job, orang ini tak suka, saya tak pernah fikir dan saya fikir ‘ouh aku nak berubah, nak berhijab, aku nak ubah semua yang dulu aku pernah buat, tak nak jadi macam dulu’.
“Dan terus la benda itu jadi macam itu saja. Tak ada perkara atau benda yang boleh membuatkan saya ‘ouh kalau benda ini, aku nak pakai tudung’, tidak. Benda itu datang sendiri,” jelasnya.
Moga istiqamah.
Sumber Sinar
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.