Mata Masuk Habuk - Diberi Gagang Telefon, Ibu Beri Pesanan ‘deep’ Di Majlis Kahwin Anak

 

MAJLIS perkahwinan pastinya meriah apabila dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai.

Kebiasaannya pasangan mempelai selaku raja sehari tidak menang tangan untuk melayan setiap tetamu yang dijemput.

Justeru, baru-baru ini diperkenalkan konsep rakaman suara di mana para tetamu boleh meninggalkan ucapan untuk pasangan pengantin di pintu masuk venue majlis.

Caranya cukup mudah, tetamu hanya perlu mengangkat gagang telefon yang disediakan dan bercakap seperti biasa sambil apa yang diucapkan akan direkod untuk didengari semula oleh pengantin selepas selesai majlis.

Melalui satu video tular yang dikongsi akaun TikTok enchant.tone dapat dilihat momen menyentuh hati apabila seorang ibu mengucapkan tahniah kepada anak perempuannya yang sudah sah bergelar isteri.

Si ibu yang sudah tentunya mengenali anaknya luar dan dalam turut menitipkan beberapa nasihat berkaitan alam rumah tangga.

"Mak ingin mengucapkan selamat pengantin baharu. Duduk elok-elok, jangan selalu berbalah antara satu sama lain. Sentiasa cuba memahami antara kamu berdua.

"Kepada Farah, anak mak, taatlah kepada suami, sekarang ni Farah dah jadi isteri, cubalah untuk jadi isteri yang solehah. Apabila tiba masa nanti diberi rezeki cahaya mata, jagalah amanah itu sebaik-baiknya.

"Banyak lagi sebenarnya nak pesan, tetapi mak kalau cakap dalam telefon ni macam tak datang ilham, nanti kita jumpa lagi kita sambung. Sekali lagi mak ucapkan selamat pengantin baharu.

Terbayang kalau ibu meninggal selepas kita kahwin, rakaman suara tu kenangan terakhir yang kita ada dengan dia.

WARGA MAYA

"Semoga kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Terima kasih. Sayang hangpa (kalian) berdua," kata wanita itu menutup bicara sambil memberikan ciuman.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa sayu melihat si ibu merelakan anaknya menjadi isteri orang.

"Ibu tu tak mula cakap lagi pun saya dah mengalir air mata ni. Terbayang kalau ibu meninggal selepas kita kahwin, rakaman suara tu kenangan terakhir yang kita ada dengan dia.

"Saya akan ulang-ulang semula rakaman suara tu macam tiada hari esok, Ya Allah sedihnya bila terbayang. Kalau dah kahwin nanti mesti rindu ibu," kata sebahagian warga maya.

Sebahagian komen warga maya:

Ada juga warga maya yang berasa teruja melihat konsep rakaman suara itu dan mahu menyegerakan majlis perkahwinan mereka.

"Senyum lebar saya tengok ibu ni berucap, macam la saya ni nak berkahwin dalam masa terdekat ni, kena cari pasangan cepat-cepat.

"Saya simpan dulu video ni, nanti-nanti nak kahwin saya buka balik, mungkin tahun 2060 ke," kata sebahagian warga maya berjenaka.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post