Kongsi Foto Berhijab Dan Padam Hantaran Free Hair, Ramai Doakan Mawar Rashid

 

AKTRES dan usahawan, Mawar Rashid dilihat telah berkongsi foto berhijab dan memadamkan hantaran gambar free hair menerusi laman sosial Instagram.

Memilih untuk melepaskan tudung 10 hari lalu, pemilik nama Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid itu terdahulu menerima pelbagai reaksi daripada para peminat.

“I tried. But I failed. I’m sorry,” kongsi Mawar pada 10 Oktober.

Terbaru, Mawar menerusi Insta Story memaklumkan tidak mampu memberikan respons kepada semua dan menjauhi semua orang termasuk ahli keluarga.

Beliau lebih selesa berkongsi dengan pakar terapinya.

“I’m sorry I still didn’t respond to anyone. Sorry my dear family, friend and reporters. Thank you family and friends always wanna be there for me.

“But I myself disconnect myself with everything and everyone. I only speak to my therapist as for now. Or maybe forever,” kongsinya.

Dalam kemas kini Instagram, Mawar berkongsi foto throwback kejutan hari lahirnya pada April lalu memakai busana dan tudung coklat cair.

“Throwback my birthday surprise from hubby love,” kongsinya tutup menutup ruangan komen.

Semalam, pelakon Kalis Kasih dan Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati itu memuat naik Insta Story memohon kepada ALLAH untuk kembalikan dirinya yang dahulu kerana beliau seakan-akan keliru.

Tidak hanya itu, Mawar meminta orang ramai mendoakannya kembali seperti dirinya yang dahulu dan memberi bayangan sedang melawan dirinya untuk kekal kuat.

Mawar berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Beliau mula bertudung dan menutup aurat sepenuhnya pada sambutan Awal Muharram tahun 2020.

Sumber SP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post