TIDAK mudah buat pelakon Kilafairy untuk terus melupakan pemergian ibunya iaitu Allahyarham Rohana Jalil yang meninggal dunia pada 20 Jun lalu.
Menurut Kilafairy atau Syakila Nisa Jaghir Khan, 31, hanya video lama nyanyian ibunya itu sebagai pengubat rindu serta mengimbau kembali kenangan ketika bersama.
Malah katanya juga, selepas lima bulan arwah Rohana pergi dia hanya mampu berpura-pura gembira ketika bertemu orang ramai sedangkan hatinya merasakan kosong.
"Saya beritahu diri sendiri memang tidak boleh melepaskan kesedihan selepas pemergian mama (Rohana), tiada hari yang saya tidak merasa sedih. Rasa rindu sehingga kini masih ada dan jiwa saya kosong.
"Kalau rindu saya akan tonton video lama nyanyian arwah. Baru-baru ini pun ada program TV yang menyiarkan nyanyian arwah, itu juga buat saya lepas rindu.
"Keluarga lain pun pelik sebab saya boleh tonton, tapi itulah cara saya lepas rindu. Namun kalau keluar rumah saya hanya berpura-pura gembira sedangkan hati sangat remuk," katanya.
Kilafairy ditemui ketika majlis pelancaran koleksi A Decade of Wows & Veils dari pereka fesyen Shanell Harun di Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Hadir pada majlis tersebut, Kilafairy turut memakai baju rekaan Shanell yang pernah digayakan oleh ibunya ketika membuat persembahan tahun lalu.
Menurutnya lagi ramai dalam kalangan rakan-rakan Rohana yang meminta untuk mendapatkan mana-mana baju penyanyi itu untuk dibuat kenangan.
Mama memang baik dengan semua orang, sekarang dia dah tiada. Saya tak tahu boleh ke jadi seperti dia.
KILAFAIRY
PELAKON
"Susah untuk saya pakai baju arwah. Masih ada bau dan kenangan bersama dia. Kawan-kawan mama pun ramai yang minta baju arwah, cuma saya belum berikan lagi. Jika saya beri dan mereka guna sebaik mungkin itu adalah yang terbaik.
"Di rumah masih banyak koleksi baju arwah. Rasanya penuh sebilik sebab dia masih simpan baju yang dipakai sejak awal menyanyi dahulu. Barang-barang mama pun tidak banyak yang saya usik lagi sebab terlalu sukar.
"Selepas mama meninggal dunia banyak perkara berlaku. Ada yang pasangkan batu nisan pada kuburnya dan ada pula yang datang membersihkan. Dari situ saya tahu mama disayangi ramai," ujarnya.
Untuk rekod Rohana Jalil atau Dara Abdul Jalil meninggaI dunia di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM), Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat pada usia 68 tahun akibat kebocoran usus.
Tambah Kilafairy pemergian ibu juga sentiasa mengiaktkan dirinya supaya sentiasa memperbaiki diri agar lebih disayangi ramai.
"Mama memang baik dengan semua orang, sekarang dia dah tiada. Saya tak tahu boleh ke jadi seperti dia," luahnya.
Sumber mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.