“Jangan Takut Berhutang Kalau Ada Strategi" – Penjawat Awam Paling Ramai Muflis, Pihak PICK Sasar Bantu 10,000 Pelanggan Selesai Hutang

 

Komited membantu individu yang terbeban dengan masalah kewangan, Harvard Scholar Academy (HSA) iaitu Perunding Pengurusan Hutang yakin inisiatif yang dijayakan menerusi Program I Coach Kewangan (PICK) dapat membantu sekurang-kurangnya 10,000 selesaikan masalah hutang.

Jelas Pengasas HSA, Nurull Rahmat, masalah hutang ini berpunca daripada kegagalan individu menguruskan kewangan dengan baik. Dan menurut pengalamannya, penjawat awam antara golongan yang paling ramai muflis di Malaysia.

Malah gaya hidup mewah antara faktor yang menyumbang kepada tambahan bebanan hutang.

“Jangan takut berhutang kalau ada strategi. Namun kalau berhutang hanya sekadar ingin memenuhi gaya hidup, nasihat saya berhentilah. Malah ada juga yang menjadi mangsa apabila meminjamkan nama kepada keluarga untuk membuat pinjaman di bank.

“Boleh saya katakan, ramai penjawat awam berdepan dengan muflis kerana gagal mengatur kewangan dengan baik. Kewangan yang sihat ialah kita mempunyai aset dan dari aset itu ia menjana pendapatan,” katanya kepada Wanita.

Pihaknya sedia membantu individu yang layak dengan mengurangkan komitmen bulanan dengan mengurangkan kadar faedah pinjaman sedia ada dan dalam masa yang sama mempunyai lebihan simpanan.

“Kepakaran saya ialah menguruskan kembali semua pembiayaan pinjaman dan melaksanakan strategi seperti belanjawan, menyatukan hutang dengan faedah tinggi dan membuat pembayaran balik tepat pada masanya yang boleh membantu mereka mengurangkan hutang dan mengelakkan tekanan kewangan akibat terjebak dalam perangkap hutang,” ulasnya.

Nurull yang merupakan Certified Financial Coach juga menasihatkan mereka yang bergelut dengan bebanan hutang bertindak bijak dengan mendapatkan khidmat nasihat pakar bagi mendapatkan bantuan menguruskan kewangan.

“Terdapat banyak cara untuk menguruskan hutang dan sebagai contoh, jika anda mempunyai rumah, ‘refinance’ kembali rumah dengan dapatkan kadar faedah yang rendah dan gunakan baki yang ada untuk selesaikan pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.

“Nasihat saya jangan sesekali meminjam dengan ah long atau syarikat kewangan berlesen yang mengenakan kadar faedah tinggi. Percayalah, keadaan akan menjadi lebih parah,” jelasnya lagi.

Peneraju Harvard Scholar Academy ini menjalankan bimbingan secara berdepan atau dalam talian dengan pelanggan bagi memahami keadaan kewangan dan seterusnya mengenal pasti matlamat kewangan mereka dan membangunkan pelan rancangan untuk mencapai matlamat tersebut.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah dengan membantu menurunkan komitmen bulanan, menyelesaikan hutang lebih awal dan masalah senarai hitam serta hutang-hutang yang belum dijelaskan di bawah pemerhatian bank.

Setakat ini, Nurull telah membantu lebih 300 individu berdepan masalah hutang yang terdiri daripada golongan profesional, swasta dan kerajaan dengan menyediakan khidmat urus hutang sejak dua tahun lalu.

Sumber Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post