Cantikkan Kulit Dan Turun Berat Badan Hanya Guna Air Rebusan Asam Gelugur - Sedap Dan Cara Buat Pun Mudah

ASAM gelugur dijadikan sebagai bahan dalam masakan orang Melayu sebagai bahan perasa.

Selain itu tahukah anda, ia juga sangat bagus kepada dalaman badan. Air rebusan asam gelugur dapat membantuk untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan nafsu makan.

Apa yang lebih menarik, air rebusan berkenaan juga bermanfaat mengawal kolesterol, melawaskan penghadaman dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Menurut seorang wanita dikenali Haney, sebenarnya, air rebusan itu sangat bermanfaat untuk mencantikkan kulit dan untuk turunkan berat badan.

Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat bantu kurangkan nafsu makan dan cegah pembentukan lemak dari penghasilan gula dari karbo yang diambil dalam makanan.

Maksudnya jika minum air tersebut, badan tidak akan serap lemak.

Best kan? Makan tapi lemak tak stay. Banyak lagi khasiat asam gelugur antaranya adalah;

  • Kawal kolesterol
  • Lawaskan penghadaman
  • Rawat cacing dalam badan
  • Kecutkan rahim
  • Kurangkan gejala reumatisme atau penyakit radang sendi seperti gout
  • Kurangkan tekanan darah tinggi

Cara membuat air rebusan asam gelugur

Bahan-bahan diperlukan:

  • 5 hingga 6 keping asam gelugur
  • Daun pandan (simpul atau koyakkan)
  • 5 gelas air

Cara membuatnya:

1. Rebuskan semua bahan di atas sehingga menggelegak dan tapis.

2. Minum airnya dan amalkan sebelum makan. Nak lagi sedap boleh tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.

Selamat mencuba!

Sumber Facebook Suhaniza Isenen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post