Buta Buat Selama-Lamanya, Ini Cara Masitah Berdamai Dengan Takdirnya

TIDAK semua di antara kita kuat menerima ujian yang Allah berikan terutama jika ujian tersebut datang secara tiba-tiba atau secara mengejut.

Ujian yang tiba-tiba atau tidak terduga adalah ujian yang sangat berat dan menguji ketahanan emosi, mental, dan keimanan seseorang.

Dalam Islam ada tertulis bahawa Allah tidak akan memberikan ujian yang melebihi batas kemampuan individu, seperti yang disebutkan dalam al-Quran dalam surat al-Baqarah [2:286].

517165

Tidak kurang hebatnya, dugaan individu ini yang timpa dirinya apabila berlaku kemalangan lalu hilang penglihatan kedua-dua belah matanya buat selamanya.

Siapa tidak kenal, seorang sosok hebat yang tidak lekang senyumannya tiap kali disapa atau dipandang iaiti Masitah Mohd Affandy, 32 tahun.

Masitah berkongsi kisah yang penuh menyentuh hati apabila dia cuba berdamai dengan takdirnya apabila buta kedua-dua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu iaitu dua hari sebelum Ramadan.

Berikutan kemalangan itu, Masitah dirawat selama 24 hari di wad hospital namun apa yang berlaku tidak menyebabkannya murung sebaliknya terus positif dalam meneruskan kehidupan.

siakap-keli-article-cover-1684232693-740x385

Aura positifnya dapat dilihat menerusi perkongsian video di TikTok dengan rata-rata netizen kagum dan memuji Masitah yang nampak tenang walaupun selepas berdepan ujian hebat.

Apabila ditanya soal bagaimana dia cuba berdamai dengan takdir yang hilang pancaindera buat selama-lamanya, jawab Masitah tiada tips yang spesifik tetapi lebih kepada kita tahu apa yang ALLAH beri dekat kita itu adalah yang terbaik.

"DIA berjanji dalam al-Quran bahawa kadang-kadang ada perkara yang kita rasa tak bagus untuk kita tapi sebenarnya bagus buat kita, maksudnya jalan cerita yang ALLAH susunkan tu Allah tahu itu yang terbaik buat kita. Kadang-kadang kita rasa perkara itu baik itu kita padahal ia sebaliknya," ujarnya.

Screenshot-2023-05-16-183529

Tambah Masitah, dia berpegang pada prinsip bahawa apa sahaja yang telah Allah aturkan dalam kehidupan ini adalah yang terbaik buatnya.

"Saya hanya enjoykan diri saya dan play my part as hambaNya dan buktikan kepada ALLAH, insha-ALLAH saya akan cuba jadi hambaNya yang terbaik,"

Bagi Masitah, itu akan menjadi kunci untuk dia senang untuk berdamai dengan takdirnya yang sekarang.

Masitah juga tidak lepaskan peluang untuk memberi sedikit nasihat buat adik-adik agar sentiasa berfikiran optimistik di majlis anugerah Yayasan Raja Muda Selangor Open Day, di Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor pada Selasa.

"Sentiasa berada dalam keadaan yang optimistik bermaksud dalam apa jua ujian dalam hidupan kita dekat depan tu nanti ada perkara-perkara yang baik buat kita, masih ada jalan keluar untuk semua permasalahan dan cabaran. Percayalah ALLAH akan siapkan jalan keluar kalau kita persiapkan diri kita untuk ke arah itu," kata Masitah.

Untuk rekod Masitah merupakan seorang usahawan terkenal selepas video perkongsiannya yang positif tular apabila disahkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) penglihatan akibat kemalangan jalan raya beberapa hari sebelum Ramadan lalu.

Sumber Majoriti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post