Bersuara Isu PaIestin, Nadhir Nasar Tak Gentar HiIang Rezeki Dari Jenama Antarabangsa

 

LANTANG bersuara isu keamanan di bumi bergoIak PaIestin, pelakon Nadhir Nasar menganggap ia adalah tanggungjawabnya sebagai seorang selebriti.

Jelas Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, dia juga tidak bimbang jika pendapatnya yang menyokong Palestin akan memberi kesan terhadap pembabitannya dengan mana-mana jenama antarabangsa. 

“Kalau ada yang rasa takut disekat oleh mana-mana jenama, apa yang saya boleh katakan semua itu hanya sementara. Apa yang kita miliki ini sementara sahaja. 

“Jadi perjuangan yang saya buat ini adalah untuk perjalanan saya lebih jauh lagi. Saya harus lakukan ini. 

“Saya ada platform dan pengaruh. Saya perlu cakap perkara yang benar. Tak perlu takut hilang punca rezeki,” katanya.


Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada  majlis sidang media drama terbaharu lakonannya, My Famous Ex-Boyfriend yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Nadhir diminta mengulas pekara itu selepas ramai dalam kalangan selebriti terkenal dunia menerima kesan susulan sokongan mereka terhadap salah satu negara bergolak. 

Ujar Nadhir, dia juga amat tegas menyatakan pendirian sendiri kerana ini merupakan salah satu cara perjuangan membela mangsa perang teraniaya.

“Apa lagi yang boleh saya buat? Kalau nak pergi berperang, adakah iman saya sudah cukup kuat dan pergi berperang untuk menyelamatkan mereka?

“Ini sahaja cara saya untuk saya tunjukkan sokongan terhadap saudara Islam di sana. 

“Kita tidak boleh bercakap soal keamanan atau hak asasi kerana ia sudah tertulis begitu. Jadi dalam isu ini kena pilih pihak mana kita sokong. 

“Apabila sudah menyokong saya perlulah lantang bersuara,” jelasnya.

Sementara itu, Nadhir juga enggan mengambil serius mengenai tanggapan orang luar bahawa sokongannya terhadap isu tersebut bersifat bermusim.

Baginya, dengan sedikit sokongan atau suara yang dilontar sudah cukup memberi makna dalam perjuangan membantu Palestin.


 “Tak kisahlah seseorang selebriti nak sokong isu perang ini dikatakan bermusim. Buat baik sedikit pun sudah cukup daripada tidak melakukan apa-apa. 

“Siapa yang tak buat apa-apa tindakan itu lebih teruk,” ujarnya.

Sumber URTV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post