Bekas Pelari Pecut Wanita Negara MeninggaI Dunia Akibat Kanser Pada Hari Lahir

Sesungguhnya ajaI dan maut ketentuan tuhan. Satu kehilangan besar buat arena olahraga tanah air apabila dimaklumkan bekas pelari pecut wanita negara, Anita Ali meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pada usia 59 tahun, semalam di hari lahirnya.

Berita pemergian atlet yang pernah beraksi pada Sukan SEA era 80-an itu dikongsi Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama hari ini.

MeninggaI Akibat Kanser Payudara

Beliau berkata arwah meninggal dunia kira-kira 7.15 malam akibat kanser payudara yang merebak ke hati dan tulang belakang.

“PADA DISEMBER LEPAS, ARWAH DIMASUKKAN KE PPUM, DAN PIHAK YAKEB MEMBAWA BELIAU KE HOSPITAL SWASTA UNTUK IMBASAN PET (TOMOGRAFI PANCARAN POSITRON), DAN KANSER BELIAU DIDAPATI SEMAKIN PARAH,

“Beliau bersungguh-sungguh melawan kanser, namun meninggal dunia pada hari kelahirannya semalam,” katanya.

Bekas Pelari Pecut Wanita Negara Meninggal Akibat Kanser Pada Hari Lahir

Kehilangan Besar Arena Olahraga Negara

Noorul Ariffin berkata pemergian Anita yang pernah beraksi pada Sukan Asia di China pada 1990 disifatkan sebagai kehilangan besar buat arena olahraga tanah air.

Katanya, Anita yang juga ahli YAKEB, banyak memberi nasihat kepada atlet muda untuk terus mengharumkan nama negara.


Pada temasya Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur, Anita yang ketika itu berusia 21 tahun bersama gandingannya G Shanti, Sajaratuldur Hamzah dan Datuk Mumtaz Jaafar memperbaharui rekod kebangsaan acara 4×100 meter dengan catatan 45.37 saat.

Sumber BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post