RUKUN sujud dalam solat merupakan rukun yang wajib supaya syarat sah solat itu menjadi lengkap.
Namun, sebagai seorang wanita anda pasti pernah mengalami situasi apabila kain telekung tiba-tiba terkena di kawasan anda melabuhkan dahi semasa sujud.
Untuk pengetahuan semua, melakukan sujud atas sesuatu yang bersambung dengannya dan menanggungnya dengan sengaja maka solatnya akan batal dan itulah yang berlaku apabila anda sujud atas telekung sendiri.
Oleh itu, solat tersebut perlu diulangi semula. Justeru, kita perlu memastikan dahi menyentuh tempat sujud dengan sempurna bagi menjamin kesempurnaan solat secara keseluruhannya.
Abdullah Ibn ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ على سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الجَبْهَةِ، وأَشارَ بيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ واليَدَيْنِ والرُّكْبَتَيْنِ، وأَطْرافِ القَدَمَيْنِ
Maksudnya: Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, iaitu dahi (sambil Baginda SAW mengisyaratkan tangganya ke bahagian atas hidung), kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki.- Riwayat al-Bukhari (812) dan Muslim (490).
Anggota dahi wajib diletakkan dengan terbuka di atas lantai dan sunat untuk meletakkan sebahagian daripada hidung.
Jika anda meninggalkan sentuhan hidung pada lantai, maka sujud solat adalah sah tetapi jika anda meninggalkan sentuhan dahi pada lantai, maka tidak sah sujud.
Ini adalah pandangan mazhab Syafie, Malik dan kebanyakan ahli ilmu.
Tujuh anggota sujud tersebut adalah;
- Dahi
- Kedua-dua tapak tangan
- Kedua-dua lutut
- Kedua-dua tapak jari kaki
Oleh itu, sujud perlu dilakukan dengan sempurna agar solat anda menjadi sah dan tidak perlu diulang semula.
Bagaimana untuk tahu pakaian kita itu bersambung dengan kita, iaitu jika kita bergerak, maka pakaian itu turut bergerak dengan kita.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Mufti WP
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.