Bapa Menangis Di Stesen Minyak ‘disidai’ Oleh Anak, Suruh Datang Tapi Tak Muncul

 

KISAH seorang lelaki warga emas yang dilihat mengesat air mata sebelum menunggang motosikal meruntun hati warga maya.

Menerusi perkongsian yang dibuat Ezat Kamisan, lelaki tersebut yang dijumpai di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka datang dari Air Keroh dengan menunggang motosikal dan ingin segera pulang ke tempatnya.

Memulakan cerita, ujar pelayar TikTok ini, dia bertindak menegur warga emas tersebut selepas melihatnya duduk termenung lama berhampiran motosikal.

Perkongsian yang dibuat Ezat Kamisan di TikToknya.

“Dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur tadi, jumpa pakcik ni di Petron Simpang Ampat... duduk termenung sambil senyum dengan semua orang.

“Aku dah siap beli air, buang air... pakcik ni masih ada. Aku pun tegur tanya pakcik dari mana.

“Dia cakap dari Air Keroh, Melaka ‘jauh perjalanan pakcik datang ke sini nak’ sambil tersenyum,” katanya.

Menurut Ezat Kamisan lagi, pakcik berkenaan cuba untuk berjumpa dengan anaknya berhampiran kawasan Simpang Ampat di Alor Gajah.

Malah katanya, warga emas itu berada di situ selepas dia dihubungi oleh anaknya yang memintanya datang.

“Anak dia call minta datang, tapi anaknya tak ada pun di rumah. Paling sedih dia cakap, anak pakcik ada enam orang semuanya.

Mesti ada sebab anak-anak buat macam tu pada ayahnya.

WARGA MAYA

“Semua kerja kerajaan, tapi kenapa mereka mainkan pakcik. Pakcik dah umur 70 tahun, apa pakcik boleh buat.

“Lama aku sembang dengan pakcik ni, dia cakap minyak motor kurang... makan pun belum,” tambahnya.

Menyedari keadaan pakcik tersebut, dia kemudiannya menghulurkan sedikit wang belanja, namun ditolak.

Warga maya meluahkan rasa simpati dan sedih dengan situasi yang dialami lelaki terbabit.

Dia kemudian cuba memujuk supaya wang yang dihulurkan diambil untuk mengisi minyak motosikal dan belanja makan.

“Aku juga seorang bapa, aku tahu bertapa tergurisnya hati dia... semoga pakcik terus sihat ya,” luahnya lagi.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya bersimpati dengan nasib warga emas tersebut.

Tidak kurang juga yang beranggapan individu tersebut pernah melakukan perkara yang menyedihkan sehingga dibuang anak-anaknya.

“Maknanya si ayah dah merajuk dengan anak-anaknya, semoga pintu hati anak-anak dibuka untuk bertaubat dan berbakti kepada ayah.

“Mesti ada sebab anak-anak buat macam tu pada ayahnya.

“Suatu ketika dulu aku pernah berdendam dengan ayah disebabkan satu hal. Apabila ego tu aku buang dan berbaik semula dengan ayah, Allah permudahkan segala urusan aku.

“Kebanyakan yang belajar tinggi-tinggi dan hidup senang, mak ayah dibiarkan macam tu saja. Tak semua la, ada yang berkongsi rezeki dengan keluarga,” ujar beberapa netizen.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post